Pelakon jelita, Nora Danish menarik perhatian warganet setelah memperdengarkan alunan bacaan daripada salah satu surah Al-Quran yang dihafalnya.

Menerusi hantaran di akaun TikTok Qawiyaro, pempengaruh yang terkenal dengan cabaran membaca Al-Quran itu meminta Nora untuk membaca surah Al-Mulk.
Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif dilihat berjaya menyambung bacaan surah tersebut dengan baik.
“MasyaAllah banyak hafalan tu. Kalau tak berhenti, nak baca lagi tu boleh habis satu surah. Kami seronok lihat perubahan Nora,” kata Qawi.
Menurut pelakon filem Polis Evo 3 itu, pendekatan dirinya terhadap Al-Quran, memberi impak yang mendalam terhadap penghijrahannya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.
“Tapi tajwid belum betul-betul elok lagi.
“Yang itu (perubahan) adalah di atas doa-doa anda semua. Terima kasih.
“Apa yang saya belajar melalui penghijrahan saya adalah dekatkan diri selalu dengan Al-Quran sebab ia adalah pendamping kita nanti,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan penghijrahan aktres tersebut.
“Hebat Nora, bacaannya hampir sempurna. Mesti selalu berdamping dengan Al-Quran.”
Netizen
“Tajwid dia not bad ya.”
“MasyaAllah bagus bacaannya, kena baiki sikit je lagi.”
GIPHY App Key not set. Please check settings