in ,

Tular Lagi Video Ameera Khan Dengan Jefri Nichol, Netizen Tak Restu Kalau Bercinta – “Dia Tu Super Playboy”

Belum surut spekulasi bercinta, personaliti media iaitu Ameera Khan sekali lagi mencuri perhatian apabila muncul dalam satu video bersama aktor, Jefri Nichol.

Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Ameera Khan, adik kepada selebriti Neelofa itu dapat dilihat mesra berpegangan tangan dengan pelakon filem Ali Topan berkenaan.

Bagaimanapun, video tersebut difahamkan hanyalah kolaborasi antara Ameera dan Jefri bagi mempromosikan jenama pakaian terkenal, Gucci.

View this post on Instagram

A post shared by chulo papi (@jefrinichol)

Beralih ke ruangan komen, rata-rata netizen  memuji gandingan kedua selebriti itu.

“Comel!”

“Cutenya korang berdua!”

“Oh my God, serasinya!”

Namun begitu, ada juga yang kurang setuju sekiranya Ameera menjalinkan hubungan cinta dengan Jefri kerana personaliti pelakon itu yang disifatkan sebagai ‘playboy’.

“Peliklah kenapa suka red flag,”

“Tolonglah jangan, dia tu super playboy, dia tak layak untuk awak,”

“Lari Ameera!”

Sekadar info, khabar angin hubungan cinta antara Jefri dan Ameera hangat diperkatakan selepas gambar mereka berpegangan tangan tular di media sosial.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

“Wahai Tuhanku Jadikan Ini Hujan Terpuji” – Fattah Amin Titip Doa Untuk Mangsa Banjir Dari Mekah

Berjaya Hafal Surah Al-Mulk, Netizen Kagum Dengar Bacaan Al-Quran Nora Danish – “Tajwid Dia Not Bad”