Pelakon kacak Fattah Amin memuat naik hantaran menyatakan dirinya merindui cahaya matanya, Nur Fatima Aisya.
Menerusi entri yang dimuat naik di Instagram Story, Fattah atau nama sebenarnya Abdul Fattah Mohd Amin, 34, berkongsi video anak perempuannya kelihatan sedang gembira ketika bermain.
Namun apa yang menarik perhatian adalah luahan rasa rindu Fattah terhadap puterinya, Fatima.
Ayah memikirkan tentang kamu sepanjang hari dan malam terasa sangat sukar kerana kamu (Fatima) tiada di sini. Wahai anakku, ayah amat merindui kamu.
Fattah Amin
Sekadar info, kali terakhir pelakon filem Pendekar Awang tersebut dilihat dalam satu foto bersama Fatima adalah pada 21 Oktober lalu. Dua beranak itu meluangkan masa bersama keluarga besar Fattah di sebuah restoran.
Terdahulu, Fattah dan bekas isterinya Fazura disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 7 Oktober lalu.
Pada 13 September, Fazura memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.
Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.
Sumber: Instagram Fattah Amin
GIPHY App Key not set. Please check settings