Bagi menamatkan segala khabar angin, pelakon dan usahawan Fazura menafikan rumah tangganya dengan pelakon Fattah Amin sedang bergolak seperti yang didakwa ramai sebelum ini.
Menurut Fazura, atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin, 40, dia tidak pernah mengetahui faktor tercetusnya spekulasi mengenai pergolakan perkawhinan mereka tersebut yang mula tular sejak beberapa bulan lalu.
“Sebenarnya saya tak tahu dari mana cerita ini bermula. Kawan-kawan mesej saya tanya hubungan dengan Fattah okey atau tidak.
“Saya faham peminat ambil berat sebab dah lama tak nampak kami bersama.
“Tetapi spekulasi-spekulasi di luar sana itu memang tidak betul. Saya dan Fattah okey,” katanya pada majlis pelancaran koleksi Merdeka 2024 PROSPEC KPM X FAZURA.
Fazura
Menurutnya, dia memilih untuk mengehadkan hantaran berkaitan keluarga dan kebahagiaan di media sosial kerana terkesan dengan situasi di Palestin.
“Secara jujur, saya memang hadkan hantaran di media sosial. Saya terkesan melihat keadaan di Palestin.
Fazura
“Jadi, saya rasa tak sesuai untuk memaparkan kemesraan bersama keluarga di media sosial. Saya tak mahu menunjukkan kebahagiaan bersama anak dan suami,” katanya.
Tambah Fazura, dia juga mempunyai satu akaun media sosial khas yang hanya memaparkan kehidupan peribadinya.
“Saya ada satu lagi akaun Instagram tapi ‘private’. Di situ sesiapa yang ikuti memang boleh lihat foto kami bersama.
“Boleh juga nampak perkembangan kami. Kalau ada spekulasi macam itu memang tak betul,” jelasnya.
Menurut bintang filem Gol & Gincu itu mengakui bahawa dia jarang berjumpa Fattah kerana jadual kerja suaminya yang terlalu padat.
“Jadual kerja kami berdua sangat sibuk dan jarang jumpa. Fattah keluar pagi balik malam, jadi memang kami tiada masa nak tunjuk kemesraan.
Fazura
Terdahulu, tular khabar angin rumah tangga Fazura dan Fattah berikutan kurang memuat naik foto bersama dalam media sosial sejak beberapa bulan lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings