Penyanyi, Hael Husaini yang bakal mengadakan konsert sulungnya iaitu Hael Husaini Live in KL pada Februari tahun hadapan terpaksa dibatalkan disebabkan oleh faktor kesihatan.
Menurut syarikat pengurusan Hael, Rocketfuel Entertainment, keputusan membatalkan konsert itu dibuat atas beberapa faktor dan kesihatan penyanyi terkenal tersebut merupakan faktor yang utama.
Difahamkan bahawa jadual kerja yang terlalu padat menyebabkan tahap kesihatan pelantun lagu Kelentang Kelentung itu berada diparas kurang baik dan disarankan oleh doktor untuk berehat dan tidak melakukan sebarang aktiviti seni buat sementara waktu.
Syarikat pengurusan tersebut menzahirkan rasa dukcita diatas pembatalan konsert kerana persiapannya sudah pun menghampiri 70 peratus dan mengikut perancangan Hael bakal mempersembahkan sebanyak 30 buah lagu.
Sedar akan kegusaran yang timbul dikalangan pembeli tiket, pihak Rocketfuel memohon maaf serta memberikan jaminan kepada para pembeli untuk mendapatkan bayaran balik.
Para pembeli tiket boleh menghubungi talian Ubertickets WhatsApp Hotline 019 5881810 untuk proses pengembalian wang.
Sekadar info, konsert Hael Husaini Live in KL yang diadakan di Zepp Kuala Lumpur itu sepatutnya berlangsung pada 4 Disember 2022 yang lalu namun ditunda pada 19 Februari 2023 dan terkini konsert tersebut terpaksa dibatalkan.
GIPHY App Key not set. Please check settings