in ,

Amir Hasan Beralih Arah

Penyanyi, Amir Hasan yang dahulunya sebati dengan genre pop kini mengambil langkah baru apabila dirinya berali kepada genre hip hop.

Jejaka berusia 27 tahun itu menampilkan sisi lainnya melalu single terbaru berjudul Tango hasil suara alter egonya yang dinyanyikan bersama Rebelasia.

Walau terdapat kegusaran dalam penerimaan pendengar, namun peserta Big Stage musim ketiga ini percaya Tango boleh diterima oleh khalayak ramai.

“Saya bakal mengharungi beberapa cabaran seperti penerimaan pendengar dan peminat terhadap lagu ‘Tango’ kerana ini genre yang berbeza berbanding lagu-lagu sebelum ini.

“Namun saya sangat yakin Tango bakal memenangi hati dan mendapat sambutan hangat dari peminat kerana karya ini bukan sahaja mengekalkan relevansi dengan tren terkini, tetapi juga merupakan citarasa pendengar sekarang terutamanya di laman sosial TikTok,” kata Amir.

Dibesarkan dengan karya-karya lagenda hip hop tempatan seperti Joe Flizzow dan Malique (Too Phat) serta penyanyi hip hop terkenal dunia, seperti Eminem menyebabkan Amir jatuh cinta dengan genre muzik itu.

Minatnya yang bermula sejak dirinya berusia 15 tahun itu, telah membentuk kemahiran dalam nyanyian ‘freestyle’ dan mendorongnya menerokai genre yang dinamik ini.

‘Tango’ mencerminkan evolusi seni dan fleksibiliti dalam dunia muziknya. Langkah berani ini juga mencerminkan tekadnya dalam menerokai karya hip hop ini dengan lebih jauh.

Sebelum ini, Amir telah mengeluarkan lagu bergenre pop seperti Bicaramu, GYKT, Cara Kamu, Lelaki Biasa dan banyak lagi.

Tango kini boleh dimuat turun di iTunes dan dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih seperti Apple Music, Deezer, KKBox, Spotify, YouTube dan YouTube Music.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

FOTO Sekitar Konsert A Night With Aina Abdul 3.0

KPJ Healthcare Tawar Lebih 1,000 Kerja!