Penyanyi dan komposer, Altimet berkongsi pendapatan bulanannya bergelar sebagai seorang wakil rakyat.
Menerusi sesi podcast yang dimuat naik di akaun TikTok Dol’s Podcast, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, 46, mendedahkan gaji yang diterima mencecah belasan ribu sebulan.
“Sebagai seorang YB (Yang Berhormat) di Selangor, basic campur elaun semua, bersih boleh cecah RM16,000.”
Altimet
Dalam pada itu, pelantun lagu Amboi tersebut turut berkongsi berkaitan elaun dan kemudahan yang diterima sejak memegang jawatan berkenaan.
“Sebagai kakitangan kerajaan ada kemudahan pinjaman. Kereta dengan rumah pun ada juga tapi itu hanya pinjaman sahaja.
“Sebahagian daripada elaun itu ada peruntukan untuk driver,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, Altimet memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya bersempena Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 2023.
Kemenangan itu sekaligus menjadikan Altimet sebagai penyanyi pertama bergelar Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi mewakili suara rakyat di Dewan Undangan Negeri Selangor.
GIPHY App Key not set. Please check settings