in , ,

[V] Genap 2 Tahun Rindu Shuib Pada Siti Sarah, Watie Tak Cemburu Siap Ingatkan Lagi

TEMU BUAL bersama Shuib di sidang media isu saman netizen oleh Shuib yang berlangsung di Bubble Bee, Cheras.

Rindu Shuib terhadap isterinya, Allahyarhammah Siti Sarah masih segar walaupun sudah genap dua tahun berlalu.

Menurut Shuib, anak-anaknya juga sudah mula berdamai dengan keadaan dan menerima apa yang terjadi membuatkan Shuib menghela nafas lega.

Ditanyakan mengenai perasaan Watie yang mungkin cemburu dengan Shuib yang masih rindukan Siti Sarah, Shuib menyatakan Watie tidak ada masalah malah dia juga selalu mengingatkan dirinya tentang Allahyarhammah.

Sekadar info, Allahyarhammah Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat wabak Covid-19.

Shuib selepas itu mendirikan rumah tangga bersama Watie Hanifiah pada 23 Jun yang lalu.

Cheras • 10 Ogos 2023 #shuib #sitisarah #watiehanifiah

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hana Ismail Keguguran, Luah Rasa Sedih Di Tiktok

Tamatkan Zaman Duda, Noh Salleh Bakal Nikah Bersama Peguam 23 September Depan