Pelakon Indonesia, Jefri Nichol mengakui pernah meniduri lebih 20 orang wanita selain berlaku curang dengan pasangannya.
Jefri menyatakan perkara itu ketika diajukan soalan oleh pengacara, Coki Pardede menerusi sesi temu bual sebuah rancangan yang berjudul BBK (Bocah Bocah Kosong).
Pengakuan pelakon berusia 25 tahun itu membuatkan ramai tetamu yang hadir terkejut malah mereka tidak menyangka bahawa Jefri telah terdedah dengan hubungan seks secara bebas.
Bukan itu sahaja, Jefri turut mendedahkan dirinya pernah berlaku curang dan dicurangi oleh pasangannya,
Pernah (selingkuh) lagi. Ya, kekasih saya marah-marah. Akhirnya kami berdamai dan kembali bersama. Tapi bukankah semua lelaki pernah curang?
Bagi saya, curang paling teruk adalah bila sudah cakap ‘I love you’ kepada selingkuhan. Itu lebih teruk daripada perselingkuhan yang melibatkan hubungan badan (one night stand).
Jefri Nichol
Di akhir sesi temu bual, Jefri mengaku bahagian tubuh wanita yang paling menarik perhatiannya adalah punggung dan menyatakan bahawa dia berangan untuk melakukan one night stand dengan gamer dan pencipta kandungan, Catheez.
GIPHY App Key not set. Please check settings