in ,

‘Tak Segampang Itu’ Anggi Luahkan Kesedihan

Penyanyi Indonesia, Anggi Marito kini semakin menjadi bualan ramai selepas dirinya mengeluarkan single berjudul Tak Segampang Itu.

Sudah dikeluarkan sejak 22 November tahun lalu, Tak Segampang Itu viral di TikTok dan sedikit sebanyak menaikkan nama Anggi di dalam industri musik di Malaysia.

Lagu yang ditulis oleh Mario G Klau dan disusun oleh Tohpati ini menceritakan tentang mereka yang tidak mampu melupakan kekasih walau didatangi orang baru yang dianggap sempurna.

Tak Segampang Itu sedang popular di aplikasi TikTok

Menurut Anggi dia menghadapi kesukaran dalam mengeksperikan rasa kesedihan yang terdapat di dalam lagu itu.

“Kisah disebalik lagu ini sangat menyayat hati, jadi ia merupakan satu cabaran untuk saya mencari jalan agar saya boleh menunjukkan kesedihan dalam lagu ini,” kata Anggi.

Sekadar info, Anggi merupakan bekas peserta Indonesia Idol musim kesebelas dan kini aktif sebagai seorang penyanyi professional.

Anggi merupakan bekas peserta Indonesian Idol 11

Tak Segampang Itu boleh didengarkan di semua platform muzik dan muzik videonya pula boleh ditonton di Youtube Anggi Marito.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Tiz Zaqyah Tak Makan Pisang Di Tempat Awam Kerana Sering Dikaitkan Dengan Perlakuan Lucah

Hasil Keputusan JKP, Terdapat Laporan Daripada Pihak Puteri Sarah Mendakwa Pernah Diceraikan Sebanyak Dua Kali Sebelum Ini