in ,

Tersingkir Kali Kedua Di Pentas Big Stage 2023, Tiada Lagi ‘IMUNITI X’ Buat Naufal Azrin

Nampaknya ‘imuniti x’ yang diberikan oleh juri tetap iaitu Ajai dan Aina Abdul, gagal digunakan sebaiknya oleh Naufal Azrin apabila dia sekali lagi menjadi peserta yang tersingkir di pentas Big Stage 2023.

Pada konsert minggu ketiga yang bertemakan Asmaraloka, Naufal telah menyampaikan lagu bahasa Korea daripada penyanyi, Lee Hi yang berjudul Only.

Namun pada minggu ini, juri tidak lagi mahu memberikan ‘imuniti x’ kepada Naufal Azrin biarpun dari segi permakahahan daripada pihak juri, Naufal berada di tangga tiga terbawah. Tetapi dia tersingkir disebabkan kurang undian penonton.

Menurut salah seorang juri tetap iaitu Aina Abdul, Naufal tidak menggunakan ‘imuniti x’ yang diberikan kepadanya minggu lalu dengan sebaiknya kerana persembahan yang dilakukan pada minggu ketiga tidak begitu memberi impak.

“Saya rasa Nuafal adalah lebih kepada penyanyi rakaman. Untuk pertandingan, dia agak terhad. Saya dan Ajai rasa sangat ralat sikit sebenarnya, kerana ton suara Naufal sangat mahal. Dia boleh buat semua orang rasa cair. Tetapi apa yang dia persembahkan malam tadi tidak cukup.

“Mungkin saya beri markah tinggi iaitu 70, tetapi kita juga campurkan dengan markah Ajai dan Ernie Zakri. Tetapi saya percaya rezeki Naufal lebih banyak di luar sana kerana dia punya suara yang bagus untuk pasaran,” katanya sewaktu sidang media sejurus tamat konsert.

Sementara itu bagi Naufal, dia meluahkan rasa kecewa kerana telah memberikan 200 peratus untuk persembahannya biarpun berhadapan dengan masalah kesihatan.

“Saya sakit tekak sebenarnya. Daripada hari Isnin lagi saya telah ‘all out’ untuk hafal lagu ini. Tetapi nak buat macam mana, sampai di sini sahaja rezeki saya. Tak apa saya terima. Inshaallah di luar sana nanti saya akan buat yang terbaik.,” katanya.

Kata Naufal lagi, disebabkan masalah sakit tekak yang dihadapinya, menyebabkan dia sukar untuk melakukan beberapa teknik dalam nyanyiannya seperti ‘falsetto’.

Ditanya apakah perancangannya selepas ini, kata Naufal dia bakal mengeluarkan single terbaru bersama rakan duetnya iaitu Nuha Bahrin dalam masa terdekat.

Berikut merupakan kedudukan setiap peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh ketiga-tiga juri profesional; Waode (90.67%), Putera Muhammad (86.67%), Nadeera (79.33%), Hoondoo (76%), Farhan Shah (71%), Puteri Khareeza (66.33), Aufahanie (65%), Dem Lepak Boyz (64.67%), Firdaus Rahmat (64%), Naufal Azrin (62.33%) Coex (58.33%) dan Meernash (57.33%)

Ditulis oleh Miki Mukarami

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Busana Aishwarya Rai Di Festival Filem Cannes Disamakan Dengan ‘Aluminium Foil’

Dikecam Berpakaian Seksi Menyanyikan Lagu Memuji Nabi Muhammad, Nadeera Punya Alasan Tersendiri