Wednesday • 28 July 2021

Terkini

Azmi Saat Mohon ‘Beriku Waktu’. Untuk Apa Tu?

‘Beriku Waktu’ ucap vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat.

Dah kenapa Azmi, mohon waktu untuk apa tu?

Mungkin itu persoalan anda apabila membaca judul single terbaharunya ini yang dilancarkan pada bulan Ramadan baru-baru ini.

Sebenarnya, Azmi yang kita ketahui sebagai seorang penyanyi cacat penglihatan yang bermula sebagai ‘buskers’ di tepian jalan sudah mencipta popularitii apabila diangkat ke persada muzik perdana oleh komposer Edry Abdul Halim menerusi lagu ‘Romancinta’ yang membawa kemenangan kategori Persembah Terbaik di AJL29 pada tahun 2015.

Sejak itu kehidupan Azmi berubah 360 darjah namun terbaharu penyanyi berusia 34 tahun pada bulan September ini mohon diberikan waktu.


Untuk apa Azmi?

“Beriku Waktu merupakan perkara yang kita perlukan dari Allah SWT sebelum kita mengakhiri hidup kita di dunia yang hanya sementara dan penuh tipu daya ini. Kejayaan yang dikecapi telah menyebabkan kita menjadi sombong, pentingkan diri dan ego sehingga kita lupa kepada Allah SWT dan sukar menerima hakikat bahawasanya Allah SWT sedang memberi ujian berat kepada kita,” begitu jawab Azmi.

Sehubungan itu, melalui lagu ‘Beriku Waktu’ ciptaan Archie Syukri ini, Azmi mempertaruhkan konsep ketuhanan.

Menyifatkan lagu berkenaan seumpama makanan jiwa, Azmi berrpendapat ujian yang datang merupakan peluang kedua untuk manusia kembali ke jalanNya di mana seharusnya manusia bersyukur kerana Allah SWT masih tidak melupkan hambanNya.

 Waktu yang sedikit tersisa ini, gunakanlah sebaik mungkin untuk meningkatkan amalan agar ia diterima sebagai bekalan kita di akhirat nanti”, tambah Azmi.

“Berikan Wakttu” diterbitkan hasil kerjasama Warner Music Malaysia dan Valient Music kini sudah boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, KKBox, Deezer, Joox, iTunes, YouTube dan juga YouTube Music.

Jom kita menikmati apa seterusnya yang disampaikan Azmi untuk kita renung bersama melalui lirik ‘Berikanku Waktu’….

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!