Sunday • 24 October 2021

Terkini

Penyanyi Baharu Nuha Dapat Perhatian Christina Aqullera

AKhir-akhir ini walau pun negara berada dalam tempoh melawan COVID-19 dan ekonomi rakyat terkesan sehingga melibatkan para karyawan sekali pun terpalit, namun ramai pula artis-artis baharu yang muncul mewarnai industri seni hiburan.

Terkini, Nuha Bahrin antara pendatang baharu dalam industri muzik tempatan yang membina nama dengan lagu covernya, ‘Hurt’ nyanyian asal penyanyi antarabangsa Christina Aqullera.

Nuha teruja bila Christina Aqullera repost nyanyiannya.

Menariknya, melalui lagu itu ia mencuri perhatian Christina Agullera sendiri sehingga ‘repost’ nyanyian Nuha di instagramnya.

Wah! Bukan calang-calang tau, nyanyiannya dapat  perhatian daripada penyanyi dari Amerika Syarikat berusia 40 tahun itu. Caya lah Nuha!

Mungkinkah pertaruhannya mengeluarkan single pertamanya ‘XSempurna’ akan diterima dan meletop oleh pendengar di negaranya sendiri?

XSEMPURNA secara keseluruhanya memaparkan pengkisahan sebenar yang dilalui oleh penyanyi Nuha Bahrin, dikutuk dan dihina oleh satu dunia. T

Tetapi bagi komposer Ezra Kong, beliau nampak bakat Nuha Bahrin lalu menyediakan lirik dan melodi serta susunan muzik yang sesuai buat penyanyi itu agar pendengar ralit mendengarnya.

Manakala dalam susunan plot cerita di dalam Muzik Video XSEMPURNA adalah secara sinematik yang hanya bermainkan emosi penyanyi Nuha Bahrin.

“Makna lagu ini merangkumi perjalanan saya menjadi penyanyi dan artis yang sangat baru dalam industri muzik dan bagaimana saya telah belajar banyak perkara pada masa lalu. Itu adalah pengalaman manis yang sangat pahit. Bagi saya itu adalah salah satu rahmat terbesar saya kerana Allah menguji saya seperti itu,” akui Nuha.

Menurutnya, beliau memperoleh lebih banyak pengetahuan daripada orang di sekelilingnya yang sudi membimbing untuk menjadi penyanyi lebih baik dan benar-benar menunjukkan betapa orang peduli terhadap dirinya.

“Sebahagian daripada mereka adalah orang-orang yang saya tidak tahu dan saya sangat berterima kasih untuknya” kata Nuha.

Seperti penyanyi lain yang menempoh norma baharu dalam situasi pandemik sekarang, Nuha turut akur dengan mematuhi syarat-syarat ditetapkan di mana proses penggambaran terpaksa diawalkan kerana Perintah Kawalan Pergerakan akan bermula.

“Dengan keputusan pada saat akhir pihak produksi bertungkus-lumus menyelesaikan pengambaran sebelum jam 12 pagi. Saya sangat bersyukur kerana mempunyai orang-orang yang menolong saya semasa penggambaran. Allah sahaja dapat membalas jasa baik semua pada hari itu,” kenang Nuha.

Hasil karya terbaharu yang  merupakan  gabungan kerjasama diantara BeeGood Music dan Universal Music Malaysia diharapkan dapat memeriahkan lagi persada seni muzik tanah air. 

“Sokongan yang padu daripada semua pendengar baik di Malaysia, Singapura dan Indonesia diharap dapat membuka peluang yang lebih cerah dan boleh terus berkarya dengan hasil-hasil karya yang bermutu dan standing dengan piawaian hiburan antarabangsa,” Nuha menaruh harapan.

Bagi perkembangan selanjutnya, Nuha bakal mengeluarkan ‘Album Zikir’ bersama artis-artis Beegood Music sempena Bulan Ramadan yang akan datang.

Sementara itu, jom kita dengar nyanyian penyanyi yang dipuji Christina Aquellera ini yang tersedia di saluran YouTube BeeGood Music serta di semua platform digital seperti Apple Music, Spotify, Deezer, Joox dan YouTube Music.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!