in ,

Cheng Lei Tawan Hati Peminat Malaysia

Pelakon China, Cheng Lei (丞磊), mencuri perhatian peminat tempatan menerusi kemunculan sulungnya di Malaysia bersama iQIYI dalam acara iQIYI STARSHIP 2026.

Berlangsung di Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur, acara tersebut menghimpunkan Cheng Lei bersama peminat Malaysia menerusi pelbagai aktiviti interaktif sebelum beliau meneruskan agenda dengan sesi sidang media khas bersama media tempatan dan serantau.

BUZZ RINGKAS

SIAPA: Cheng Lei, Duta Global Antarabangsa iQIYI

APA: Kemunculan sulung Cheng Lei di Malaysia menerusi iQIYI STARSHIP 2026

BILA: 13 September 2026

DI MANA: Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur

MENGAPA: Mendekati peminat Malaysia dan meraikan hubungan iQIYI bersama penonton tempatan

BAGAIMANA: Menerusi permainan interaktif, pembacaan mesej peminat, tayangan video khas dan sesi sidang media

Cheng Lei Belajar Bahasa Melayu, Ceriakan Suasana

Kehadiran Cheng Lei disambut meriah oleh peminat yang tidak melepaskan peluang untuk melihat sisi santai dan bersahaja pelakon itu di luar watak-wataknya dalam drama China.

Antara momen yang paling mendapat perhatian adalah ketika Cheng Lei mencuba beberapa ungkapan Bahasa Melayu di atas pentas.

Usahanya untuk menggunakan bahasa tempatan secara spontan mengundang sorakan serta gelak tawa peminat, sekali gus menjadikan kemunculan sulungnya di Malaysia lebih dekat dengan penonton yang hadir.

Selain permainan interaktif, Cheng Lei turut berkongsi momen menyentuh hati apabila membaca mesej daripada peminat dan menonton sebuah video khas yang disediakan oleh mereka.

Interaksi tersebut memperlihatkan hubungan erat antara Cheng Lei dan peminatnya, selain menjadi antara kenangan istimewa sepanjang acara berlangsung.

Terima Anugerah Penghargaan Daripada iQIYI

Kemuncak acara terbuka kepada umum itu menyaksikan Yang Xianghua, Presiden iQIYI International, menyampaikan anugerah penghargaan kepada Cheng Lei.

Penghargaan tersebut diberikan sebagai tanda pengiktirafan terhadap peranan Cheng Lei sebagai Duta Global Antarabangsa iQIYI.

Dalam pada itu, Dinesh Ratnam, Pengarah Urusan Kanan iQIYI Asia Tenggara, menyifatkan penganjuran iQIYI STARSHIP di Malaysia sebagai gambaran terhadap perkembangan pasaran tempatan dan peningkatan minat penonton terhadap hiburan dari China.

“Membawa iQIYI STARSHIP ke Malaysia buat kali kedua pada tahun ini mencerminkan kekuatan pasaran Malaysia serta peningkatan minat dan penglibatan peminat tempatan terhadap hiburan dari China,” katanya.

Menurut beliau, iQIYI sebelum ini turut membawa beberapa nama popular seperti Luo Zheng, Chen Zheyuan dan Esther Yu untuk mendekati peminat Malaysia.

Kehadiran Cheng Lei pula dilihat sebagai satu lagi usaha platform tersebut untuk menghubungkan artis China dengan penonton tempatan menerusi promosi drama, acara peminat dan pengalaman eksklusif di luar skrin.

Populariti Cheng Lei Terus Berkembang

Nama Cheng Lei semakin dikenali dalam kalangan peminat drama China antarabangsa menerusi beberapa karya popular yang menampilkan kepelbagaian lakonannya.

Antara drama yang mendapat perhatian adalah How Dare You!? (成何体统), yang menampilkan Cheng Lei sebagai Xiahou Dan, seorang maharaja yang berpindah dunia dengan sisi perwatakan yang berbeza dan penuh kontras.

Watak tersebut menjadi antara peranan yang membantu mengukuhkan populariti Cheng Lei dalam kalangan penonton iQIYI International.

Selain itu, beliau turut membintangi drama seperti Legend of the Female General (锦月如歌) dan Shadow Love (与晋长安).

Peminat juga kini menantikan kemunculan drama terbaharunya, Leading Stars (许你星河千里).

Cheng Lei Hargai Sokongan Peminat Malaysia

Berkongsi perasaannya selepas bertemu peminat Malaysia, Cheng Lei mengakui keterujaan penonton tempatan menjadikan kunjungan pertamanya ke negara ini lebih bermakna.

“Ini merupakan kali pertama saya menyertai iQIYI STARSHIP di Malaysia dan saya sangat gembira dapat bertemu dengan semua peminat di sini,” katanya.

Beliau turut menyifatkan sambutan yang diterima sebagai sesuatu yang luar biasa dan sukar dilupakan.

“Saya amat menghargai segala sokongan yang diberikan dan berharap dapat kembali ke Malaysia pada masa akan datang,” katanya lagi.

Kemunculan sulung Cheng Lei menerusi iQIYI STARSHIP 2026 bukan sahaja memberi peluang kepada peminat Malaysia untuk bertemu bintang kesayangan mereka secara dekat, malah mengukuhkan lagi hubungan antara artis China, iQIYI dan penonton tempatan.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

CelcomDigi Tawar Barisan Produk Apple Terbaharu Dengan Ganjaran Sehingga RM7,105

Michelle Diselamatkan Shila Amzah, Jecinta dan Aadel Terpaksa Berentap Dalam Battle Song