Sunday • 24 October 2021

Terkini

Danny X Factor, Mat Dan Tampil Promosi Jersi Terengganu FC 2021

Sudah lama kita tidak mendengar khabar atau baca cerita terbaharu daripada dua selebriti dari Pantai Timur ini iaitu Danny X Factor mahu pun  warga British yang kini sudah mendapat taraf penduduk tetap (PR) Malaysia gara-gara tinggal lama di Terengganu, Mat Dan.

Tup tup pemilik nama sebenar Mohd Kardanie ‘Danny’ Anwa, 40, dan Mat Dan atau nama Islamnya, Mohammad Kareef Daniel bin Abdullah, 31, digandingkan bersama pada pelancaran mempromosikan kit jersi musim 2021, Kelab Bolasepak Terengganu (Terengganu FC) secara ‘live’ di laman facebook Al-Ikhsan Sports semalam.

Terbaharu yang kita dengar kedua mereka amat teruja apabila dikurniakan cahaya mata di mana selepas 7 tahun penantian Danny dianugerahkan putera pertamanya pada tahun 2019 manakala Mat Dan pula dikurniakan anak lelaki keduanya pada awal November tahun 2020 lalu.

Terkini dengan gabungan ini, kira Kelantan lawan Terangganu lah ya haha.. kecoh juga dibuat mereka apabila sorang bercakap Terengganu dan seorang pula kecek Kelantan. Tetapi itulah yang menyerikan siaran secara ‘live’ berkenaan kerana gurau sendalah yang menambahkan kehangatan suasana, tak gitu? 

Apa pun yang penting mereka dari rumpun bumi Pantai Timur yang sama cuma negeri yang membezakan dan seperti yang umum maklum baik orang Ganu mahu pun orang Kelate mereka tetap bersatu hati dalam segala hal.

Jadi memang tepatlah Al-Ikhsan Sdn Bhd mengundang kedua selebriti ini bagi mengumumkan penajaan rasmi kit jersi Terengganu FC bagi musim 2021.

Melalui siaran yang berlangsung lebih kurang sejam, baik Mat Dan mahu pun Danny, keduanya nampak serasi memperkenalkan jersi terbaharu Terengganu FC (TFC) berupa kit ‘Home’ dan ‘Away’.

‘Home’ kit berwarna Hitam Putih sementara ‘Away’ (bwah) diberi rona ‘merah burgendy’.

Dibawakan secara eksklusif oleh Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, kira-kira 150 peminat bola sepak menjengah ke laman facebook berkenaan untuk sama-sama meraikan pelancaran jersi sambil menyertai kuiz yang diadakan bagi merebut 5 hadiah baucer dijanjikan.

Apa keistimewaannya rekaan jersi  TFC kali ini?

Jersi pada kali ini menonjolkan inspirasi pada era 80-an dan diberi nafas baru dengan sentuhan elegan dengan konsep minimalist. 

Warna keramat hitam putih pada jersi ‘Home’ selari dengan slogan Terengganu “We Bleed Black and White” manakala jersi ‘Away’ diberi rona ‘merah burgendy’.

Dari segi perinician pula, AL telah meletakkan sentuhan premium pada keperincian lencana kelab dan jenama manakala teknologi Smart Dry diterapkan dalam penghasilan jenis kain polyester mikrofiber berprestasi tinggi.

Teknologi Smart Dry berfungsi untuk mengeluarkan peluh dengan pantas dari si pemakai namun AL tetap menghasilkan jersi dengan teras DNA mereka iaitu kuaiti premium pada harga mampu milik iaitu RM99 sahaja.

Mengajak peminat bola sepak bangkit bersama melalui masa yang penuh dugaan apabila negara diserang pandemik COVID-19, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd, Vach Pillutia melahirkan ucapan terima kasih beliau atas semua sokongan yang diberikan oleh rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

“Merekalah yang menjadikan Al-Ikhsan Sports sebagai kedai sukan tempatan terbesar di Malaysia,” ujarnya.

Untuk rekod, Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd telah berada di dalam industri sukan sejak tahun 1993, dan merupakan di antara kedai sukan terbesar di Malaysia dengan lebih daripada 130 buah kedai dan berkembang pesat dari hari ke hari.

Pada akhir siaran, Danny dan Mat Jan mengumumkan pembelian kit jersi terbaharu Terengganu FC boleh diperoleh di cawangan cawangan Al Ikhsan, Football Republic dan menerusi Al-Ikhsan.com. 

Terengganu FC, merupakan salah satu kelab paling menonjol dan paling berjaya di Malaysia sejak beberapa musim ini, terutamanya di Liga Super Malaysia, liga bola sepak di Malaysia. 

Setelah menduduki tangga ketiga pada musim ini, lebih banyak tumpuan telah diberikan kepada Terengganu FC daripada rakyat jelata dan juga sokongan daripada penaja khususnya Al-Ikhsan Sdn Bhd.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!