in ,

Saksikan Apa ‘Istana Impian’ Tok Ti Di Go Shop 7 Mac?

DUA tahun lalu ketika melakukan promosi periuk eksklusif ‘Vantage’ di platform e-dagang popular, Go Shop, penyanyi nombor satu negara Dato Seri Siti Nurhaliza, 42,  dilaporkan berjaya mencipta rekod jualan mencapai RM8 juta dalam tempoh 2 jam bersiaran langsung.

Wow! Hebat aura dan penangan Siti yang lebih mesra disapa Tok Ti oleh peminat-peminat beliau.

Ketika itu, Tok Ti khabarnya berjaya menjual lebih kurang  22,000 unit dengan harga produk RM369 seunit iaitu kira-kira RM67,000 seminit tau!

Tetapi Itu dua tahun sudah, bagaimana pula agaknya  jualan yang bakal diperoleh apabila sekali lagi SIti akan memperkenalkan jenama sama di bawah rangkaian terbaharu, ‘Vantage Siti Series 2021’ pada 7 Mac 2021 depan di siaran langsung Go Shop bermula pukul 9 pagi hingga 12 tengah hari melalui saluran Astro Ria HD (104) dan Ruuma 118).

Menawarkan set peralatan memasak, set pinggan mangkuk, kuali bersaiz jumbo dan alat mesin penggorengan udara atau ‘air fryer’ beserta periuk bertekanan tinggi 2 dalam 1 yang pertama di Malaysia, bakal diperkenalkan melalui slot yang dinamakan ‘Istana Impian Siti’.

Menurut pihak pengeluarnya, ‘Vantage’, sebanyak 3,000 unit terhad  koleksi ‘Vantage Smart Pro  Pressure Ciooker’ dibuka untuk jualan sepanjang tempoh siaran langsung dengan harga istimewa iaitu RM899 daripada harga asal RM1,799.

Ini bermakna pemiliknya akan menjadi 3,000 orang pertama daripada jumlah rakyat Malaysia  seramai 33 juta yang mempunyai periuk istimewa dari SIti Nurhaliza itu.

Tentu korang nak tahu kan apa istimewanya periuk ‘Smart Pro’ ini?

“Banyak istimewanya, ia mempunyai pelbagai fungsi yang mampu memudahkan tugasan memasak malah masakan pun sihat sebab tidak menggunakan minyak,” ujar Siti Nurhaliza pada wartawan di sidang media secara virtual yang berlangsung semalam pada 3 Mac 2021.

Menurut plantun lagu ‘7 Nasihat’ ini, lebih menarik lagi apabila pemilik yang menggunakan periuk berkenaan ini boleh berhibur dengan lagu ‘jingle’ nyanyiannya yang dimuatkan dalam teknologi pembuatannya malah semua produk turut memperlihatkan tandatangannya di permukaan luar.

“Sesiapa yang membuat pembelian set-set eksklusif siri Vantage Siti 2021 akan menerima hadiah percuma bahkan dengan pembelian minima RM390 pembeli boleh menikmati potongan RM38 sehingga 14 Mac 2021  dengan menggunakan kod STRONG38, “ tambah Siti Nurhaliza sambil melahirkan perasaan berbesar hati apabila sekali lagi diberi peluang untuk berkolaborasi bersama Vantage.

Siti menambahkata, beliau cukup teruja apabila memasak menggunakan peralatan Vantage memandangkan produk berkenaan menawarkan kualiti terbaik.

“Secara tidak langsung ia memudahkan saya untuk menyediakan masakan dengan mudah, sedap dan pada masa yang sama berkhasiat untuk keluarga,” tambah Siti.

Selain itu, kata Tok Ti, set pinggan mangkuk  Vantage juga direka indah dan membuat pengalaman makannya terasa lebih seronok.

“Dengan Vantage, barulah ada gaya!,” ujar Siti Nurhaliza yang nampak sihat dan ceria dalam tempoh melalui kehamilan pada trimester ketiganya.

https://www.instagram.com/p/CLqqehcnrfs/?utm_source=ig_web_copy_link

Berharap mampu menghiburkan penonton serta berkongsi resepi masakan pada siaran langsung itu kelak walau pun sedang sarat mengandung, Siti bagaimana pun mengakui masih kurang masuk ke dapur seperti kebiasaannya kerana alah dengan bau bawang goreng dan minyak.

“Keadaan saya pada trimester ketiga ini terasa seperti semasa awal kehamilan kerana masih tidak mampu memakan masakan pedas padahal saya memang suka makan pedas-pedas cuma kali ini saya beranikan diri makan pelbagai masakan terutama masakan kampung dan bukannya sup sahaja yang menjadi makanan utama setiap hari ketika  trimester pertama,” sambungnya jujur sambil memberitahu masih terasa penat waima kandungan perutnya lebih besar daripada ketika mengandungkan anak pertamanya, Aafiyah pada tahun 2018.

Semoga selaganya dipermudahkan buat Tok Ti! 

Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Danny X Factor, Mat Dan Tampil Promosi Jersi Terengganu FC 2021

Kesian Janna Nick, Penat Kena Swab, Mahu Vaksin Cepat