Sunday • 24 October 2021

Terkini

Letupan Bunga Api Sambut Bayi Sulong Jehan Miskin

Jika penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin menanti sebelas tahun untuk cahaya mata pertamanya, pelakon Jehan Miskin menikmati saat kebahagian sama apabila setelah hampir lapan tahun berkahwin, barulah dikurniakan zuriat pertamanya, Axel Nova Rhee pada 20 Februari 2021 lalu.

Bezanya, isteri Mohd Jehan Miskin, 41, yang berasal dari Korea  iaitu Julie Camelia Rhee, 36, melahirkan anak secara normal manakala Siti Nurhaliza terpaksa dihamilkan melalui kaedah IVF atau pensenyawaan in-vitro sekitar.

Julie selamat melahirkan Axel Nova Rhee bin Jehan pada tengah malam hari kesembilan sambutan Tahun Baru Cina  apabila langit diterangi letupan bunga api serta bunyi yang pastinya sama kuat dengan tangisan pertama bayi Jehan.

“Selamat datang ke dunia anak ku Axel Nova Rhee bin Jehan, nama pertama saya.Lahir pada tengah malam hari ke-9 sambutan Tahun Baru Cina dengan letupan bunga api, awak benar-benar satu keajaiban,” kongsi Jehan melalui laman Instagramnya sambil memuat naik dua keping gambar beliau memeluk bayi sulongnya itu.

Laman instagram Julie  juga turut memuat naik sekeping gambar mereka berdua menatap bayi Axel dengan kapsyen berbunyi ‘Axel Nova Rhee bin Jehan menyertai keluarga kecil kami pada 20 Februari 2021. Cinta ada di mana-mana dan tidak ada yang tidur 😂”.

Ruangan komen kedua-dua pasangan ini turut dibanjiri dengan ucapan tahniah daripada rakan-rakan artis antaranya Nur Fazura, Alif Satar, Sherry Al Hadad, Aqasha dan ramai lagi.

Lebih menarik apabila setiap komen rakan-rakannya dibalas satu persatu oleh Jehan seperti daripada komen Aqasha yang mendapat respons Jehan apabila beliau menjawab ‘hey hey terima kasih kawan, lebih baik lewat daripada tiada’.

Ia jelas menunjukkan tanda kesyukuran Jehan terhadap bayi sulongnya itu yang hadir setelah lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Jehan mengahwini Julie pada Mei 2013  dengan mas kahwin sebanyak RM12,000 di Carcosa Seri Negara, Kuala Lumpur selepas tiga tahun berkenalan ketika Julie bertugas di ibu negara namun membuat lamaran pada tahun 2012 di Menara Seoul. Korea.

Throwback majlis pernikahan Jehan dan Julie pada tahun 2013. Foto kredit IG @jehan_miskin.

Hebat percintaan dan pengenalan mereka kan?

Tahniah Jehan dan Julie, pembukaan tahun 2021 yang cukup bermakna bagi pasangan ini sebagaimana Aiman Hakim dan Zahirah MacWilson yang turut menimang cahaya mata pertama mereka pada 5 Januari 2021.

TINGGALKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Masukkan nama anda di sini

Latest Posts

Video Terkini

Sentiasa bersama F8Buzz

Dapatkan artikel berita, inspirasi, gaya hidup & hiburan terkini, terus ke email anda. DAFTAR SEKARANG!