in ,

Jelaskan Karya Terakhir Sandra Dianne

‘Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama,’ itulah perumpamaan peribahasa yang boleh diungkap bagi mengenangkan pemergian penyanyi yang baru nak up, Sandra Dianne, peserta program realiti ‘Big Stage’.

Pada 11 September 2020, seluruh industri hiburan dikejutkan dengan berita kembalinya ke Rahmatullah, Sandra Dianne selepas 6 hari koma di Hospital Putrajaya disebabkan nahas jalan raya.

Sehubungan itu, konsert mingguan ‘Big Stage’ yang berlangsung pada Ahad selepass tu beralih menjadi program ‘Sandra Dianne Dalam Kenangan.’ Tiada pertandingan diadakan pada malam itu kecuali memaparkan kenangan kawan-kawannya serta barisan guru yang mengajarnya.

Tetapi lebih terharu apabila dengar khabar, arwah sempat menghasilkan salah satu lagu terakhirnya berjudul ‘Jelaskan’.

Terkini, sudah jelas lagu terakhir ciptaan arwah itu berjaya diterbitkan pihak pengurusan Sony Music Malaysia dan kini sudah boleh dinikmati menerusi semua platform penstriman muzik terpilih antaranya Apple Music, Deezer, JOOX, KKBox, Spotify, Youtube & Youtube Music.

Sandra Dianne yang cukup terkenal dengan kelunakan suaranya yang unik, dimensi lagu baharunya itu ada keistimewaan tersendiri seiring dengan karakternya yang periang.

Namun, lagu ciptaan sepenuhnya Sandra bersama Apex CZ , ‘Jelaskan’ ini sarat dengan emosi. Ia menyentuh mengenai pergolakan dalam hubungan cinta yang sememangnya cuba dielakkan semua pasangan kekasih.

Siapa sangka dalam pada mengecap bahagia, kesudahan yang diharapkan tidak selalu indah.
Sesiapa juga yang ada pengalaman digantung tidak bertali pasti dapat memahami lagu ini.
Itulah yang cuba arwah Sandra olah dalam penceritaannya menerusi lagu ‘Jelaskan’.

“Lagu ini menceritakan sebuah percintaan yang tergantung di tengah jalan. Sang kekasih memutuskan untuk meninggalkan pasangan tanpa ada perbincangan dan memaksa pasangannya menerima keputusan bulat-bulat. Kerana mengejar orang lain yang disukai, dia sanggup tinggalkan kekasihnya yang setia mengharungi susah senang bersama-sama. Lebih pedih, dia berlalu pergi tanpa alasan yang munasabah.

“Mesej utama yang saya ingin sampaikan dalam lagu ini adalah sesuatu perhubungan sepatutnya perlu dihormati kedua belah pihak. Apa saja masalah dihadapi perlukan perbincangan yang kukuh dan tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa alasan munasabah. Jangan ambil keputusan dan memaksa pasangan terima tanpa cuba perbaiki atau berbincang,” itu kata-kata arwah sebelum peninggalannya.

Arwah Sandra dikatakan dia sudah menulis lagu ‘Jelaskan’ sejak tahun lalu lagi.

Bagaimanapun, proses rakamannya hanya dapat dimulakan dan disempurnakan pada sekitar bulan Mei lalu.

Paling menarik, dia menyerap inspirasi daripada penyanyi antarabangsa iaitu Billie Eilish bagi mendapatkan emosi yang bersadur elemen depresi sebagaimana dalam lagu-lagu Eilish.
Arwah mengakui, dia turut berdepan dengan cabaran tersendiri untuk menyempurnakan lagu itu memandangkan situasi pandemik Covid-19 yang meruncing sebelum ini.

Apalagi, dia menghabiskan masa dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di kampung halamannya di Sabah. Disebabkan hanya dapat melakukan secara virtual, banyak proses lain terpaksa ditangguh.

“Prosesnya agak lama juga kerana lagu dirakam ketika PKP. Untuk susunan muzik dirakam di Kuala Lumpur (KL) manakala vokal di Sabah. Berikutan kualiti rakaman tidak memuaskan, produksi terpaksa menunggu saya untuk balik ke Kuala Lumpur bagi merakam trek vokal semula. Bahagian itulah paling mencabar kerana dilakukan berulang kali untuk mendapatkan emosi yang paling sempurna,” kata Sandra ketika hayatnya.


Ikuti juga F8Buzz di

F8Buzz YouTube

F8Buzz Facebook

F8Buzz Instagram


Ditulis oleh The Buzzer/Editor

Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sheila Mambo Bawa Puteri Gunung Sengkuang Ke Layar Perak

Yung Raja Meledak Bersama ‘The Dance Song’