Yung Raja, satu nama yang barangkali baru di persada seni tempatan tetapi tentu sekali tidak di negara jiran kita, Singapura.
Artis kelahiran republik itu yang dikenali sebagai artis Hip Hoop dwibahasa ‘avant-garde’ Asia Tenggara dengan gabungan budaya Barat dan Tamil dalam liriknya, Yung Raya pernah viral di Malaysia dan Singapura berikutan penerbitan single sulungnya, ‘Mustafa’.
Single keduanya, “Mad Blessings”, mendapat pujian dari Lupe Fiasco dan M.I.A. malah merupakan lagu Inggeris-Tamil pertama yang dimainkan di Stesen Radio Melayu terkemuka, Era.
Berbekalkan dua lagu, rapper ini telah mengumpulkan lebih dari 3 juta aliran di Spotify dan lebih dari 3 juta tontonan di YouTube.
Wah! Hebat juga kan walau pun namanya tidaklah sepopular rapper kita seperti antaranya SonaOne, Joe Flizzow mahu pun Kidd Santhe.
Terbaharu, Yung Raja tampilkan ‘The Dance Song’, sebuah karya yag dinamik dan bertenaga dengan muzik video yang penuh dengan ledakan visual spektrum bersama kolaborator yang tidak asing lagi, Jasper Tan atau lebih dikenali sebagai Vadbibas.
Dengan keluaran single terbaharu ini, Yung Raja menyertai senarai artis Alamo Records – label usaha sama Interscope Records/Geffen/ A&M yang berpusat di Amerika Syarikat.

Rapper Singapura dan anggota kesayangan label ‘Def Jam South East Asia’ ini, Yung Raja menampilkan sisinya yang disukai peminat iaitu lucu, daya tarikan yang kuat dan keyakinan diri yang terserlah dalam setiap lagu-lagunya dalam ekosistem hip-hop Asia Tenggara.
“Ini adalah karya yang ketiga dan terbesar dalam pengalaman seni saya”, kata Raja mengenai lagu terbaharunya itu, sambil menambah, “Apa pun yang saya fikirkan tentang jenama YUNG RAJA, akan muncul di sini.”
Sejujurnya, “The Dance Song” adalah pengalaman baru dan penentu bagi dirinya sendiri – dan itu terserlah dari sisi dirinya yang dia paparkan dalam lagu tersebut.
Bahasa dan daya tarikan, gabungan yang mesra, berpadu menjadi satu keunikan yang tidak pernah ada sebelum ini.
Sama ada dalam Bahasa Inggeris atau Bahasa Tamil, setiap baris dapat difahami.
Setiap baris ada elemen lucu, keyakinan dan, sudah pasti, daya tarikan.
“Ia umpama rapper Amerka, Lil Wayne, saya akan membuat anda berfikir dan akhirnya ketawa kerana ini adalah bentuk gurauan yang selalu saya buat. “The Dance Song” hampir di penghujung spektrum gila!” ulas Yung Raja tentang falsafah lagu ‘itu kepada media melalui panggilan video yang berlangsung di pejabat Universal Music Malaysia baru-baru ini.
Melalui video muziknya pula, lagu tersebut menampilkan visual layar hijau yang memukau, gerak tarian yang lucu yang bertentangan dengan makna “tarian” dan panorama indah yang berwarna-warni.
Namun, di sebalik hiburan itu, “The Dance Song” menjelaskan satu kebenaran yang penting: Bahawa kita tidak perlu memaksa diri untuk menjadi cool.
“Saya tidak tahu kenapa, tetapi rapper begitu obses dengan keinginan untuk menjadi cool setiap masa”, kata Yung Raja.
Menurutnya, tujuan “The Dance Song” ditulis adalah untuk menghibur dan menggembirakan diri sendiri: Ia adalah nasihat supaya kita sentiasa jujur dan bangga menjadi diri kita sendiri – dan juga menari seperti tiada siapa yang melihat.
“The Dance Song” boleh didapati di semua platform utama manakala video muzik rasmi boleh ditonton di saluran VEVO YUNG RAJA .
Serentak dengan pelancaran “The Dance Song”, Yung Raja akan mengajak para peminatnya untuk bangun dan menari sebebasnya dengan #TheWigglyChallenge di TikTok mulai 14 Oktober 2020.
Sejajar dengan prinsip Yung Raja sebagai seorang artis, #TheWigglyChallenge bertujuan memberi kegembiraan kepada mereka yang memerlukannya. Rapper muda ini berharap cabaran TikTok ini adalah salah satu cara dia dapat terus menggunakan muzik dan suaranya untuk menyebarkan positiviti.
Teruja dengan #TheWigglyChallenge tersebut, artis seperti Fariz Jabba, SonaOne, Yonny Boi, Y Iman Fandi dan bintang TikTok tempatan popular Germaine Tan, Jaze Phua (@jazephua), Didi (@badgaldidi) akan memberikan sokongan mereka dengan menyahut cabaran hashtag TikTok tersebut.

GIPHY App Key not set. Please check settings