Setiap pasangan yang telah halal semestinya mengimpikan tangisan merdu & gelak ketawa si comel. Namun, rezeki setiap orang adalah berbeza. Sama ada cepat, lambat, ada atau tiada,semua itu kuasa ilahi.
Begitulah juga seorang pelakon dan penyanyi, Izzue Islam yang sering disoal oleh netizen tentang anak.
“Bila nak ada anak? Dah ada anak ke belum? Tak nak usaha lagi ke?”
Itulah soalan yang sering dituju “pedas” kepada penyanyi lagu Muzik Tidurku itu.
Katanya sejak hidup bersama hampir lima tahun, suami isteri ini tidak pernah berhenti berusaha untuk mendapatkan zuriat.
“Cuma sebagai hambaNya, kami redha dan yakin rezeki Allah itu tetap ada. Hanya perlu usaha, sabar dan tawakal” kata Izzue
“Kami yakin insan ada rezeki masing-masing. Jika bukan cahaya mata, mungkin diberikan dulu kemudahan dalam bekerja.
“Mungkin selepas kehidupan kami lebih kukuh barulah rezeki anak pula menyusul selepas ini,” ulasnya lagi.
“Saya sedar lambat atau cepat itu semua kerja Allah. Pasti ada hikmahnya yang kami tidak tahu.
Dia adalah sebaik-baik perancang. Lagi pun, kami bukannya tidak berusaha atau mencuba, cuma rezeki belum ada. Apa-apa pun kami akan terus berdoa,” luah Izzue.
Baru-baru ini Izzue Islam, ditemui di sidang media ‘Konsert Hora Horay LIVE! Didi & Friends’ berkata peminatnya juga terdiri daripada kanak-kanak. Jadi ini merupakan peluang untuk beliau merasai kebahagian bersama budak-budak.
“Saya tahu saya tiada anak, tapi peluang ini sangat berharga untuk saya merasai kebahagian bersama anak-anak yang akan hadir, terima kasih team ‘Didi & Friends’ untuk peluang ini, saya terharu”, ujarnya semasa sidang media tersebut.
“Izzue sebenarnya ‘excited’ ni, tak sabar nak tunggu hari kejadian, nak jumpa adik-adik, anak kecil yang comel-comel, dan nak tengok mereka bersorak-sorak lihat ‘Didi & Friends’, ‘best’nya, seronok !”-katanya dengan nada gembira kepada media.
Izzue dipilih menjadi selebriti jemputan utama untuk ‘Konsert Hora Horay LIVE! Didi & Friends’ pada cuti sekolah akan datang Ogos ini turut akan membuat persembahan tarian bersama geng ‘Didi & Friends’.
GIPHY App Key not set. Please check settings