Home Berita Anak Kedua hadiah Hari Jadi Amar Baharin

Anak Kedua hadiah Hari Jadi Amar Baharin

0
Anak Kedua hadiah Hari Jadi Amar Baharin

KUALA LUMPUR: Pelakon Amar Baharin menyifatkan, berita isterinya, Amyra Rosli hamil anak kedua menjadi hadiah paling bermakna sempena sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-34, hari ini.

Amar memuat naik foto isterinya bersama alat ujian kehamilan di Instagram.

Amar mengucapkan syukur atas rezeki paling menggembirakan yang diberi Allah.

“Syukur alhamdulillah. Terima kasih Allah atas rezeki. Ini hadiah paling menyeronokkan yang saya dapat ketika saat usia meningkat 34 tahun,” kongsi Amar ringkas.

“Jika ditanya, memang saya sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak kedua, lagipun Anaqi sudah berusia setahun lapan bulan,” katanya.

Entri berkenaan turut menerima ucapan tahniah daripada teman artis dan pengikut pasangan yang sebelum ini dikurniakan anak lelaki, Aqeef Anaqi.

Terdahulu, Nur Amyra Izzati Rosli atau dikenali sebagai Amyra berkata, dia tidak pernah merancang soal anak, malah menyerahkan perkara itu kepada ketentuan rezeki.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada November 2016 dan dikurniakan anak sulung pada 15 Oktober 2017.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari