Ketibaan musim durian baru-baru ini telah membuatkan ramai orang mengambil video dan gambar mengutip, menjual, membeli, menjamah durian.

Nabil Mahir bersama duriannya

Namun, gelagat seorang pengacara TV Nabil Mahir menjamah durian mengundang kecaman netizen di Instagramnya baru-baru ini.

Gelagat Nabil memakan durian yang dikecam teruk.

Kelakuannya yang menggaul isi durian bersama nasi putih, santan dan gula merah  dengan tangan lalu memakannya dianggap pengotor dan gelojoh oleh netizen.

Ada juga yang turut mengata kelakuan pelakon tambahan Pujaan Hati Kanda itu merupakan penyebab dirinya ditinggalkan oleh bekas kekasih, Sarah Hildebrand

Walaubagaimanapun, Nabil mengabaikan segala kata-kata caci terhadapnya.

Katanyaa, “ Ada yang nasihat, ada yang perli, ada yang straight kutuk maki. Tak kisahlah yang mana kamu beri. Saya tetap inginkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin sekali. Lain kali aku buat lagi.”

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari