Azwan Janji Henti Hentam Azmin, Fokus Kebajikan Pengundi

AMPANG – Selebriti kontroversi, Azwan Ali sah bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dalam PRU-14, sekali gus bakal menentang abangnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Menurut Berita Harian, selain Azwan, Mohamed Azmin yang juga penyandang kerusi DUN berkenaan turut ditentang tiga calon muka baharu masing-masing Salwa Yunus dari BN, Syarifah Hazlizah Syed Ariffin (PAS) dan Ahmad Kamarudin (PRM).

Terdahulu pengumuman calon disempurnakan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya P099 Ampang, Abd Hamid Hussain di pusat penamaan calon di Dewan Dato Ahmad Razali, di sini, kira-kira 10.15 pagi tadi.

AZWAN Ali sah bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Bukit Antarabangsa dalam PRU-14. – foto. Hafiz Sohaimi/BH

Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA ketika ditemui berkata, sebaik namanya diterima sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN berkenaan, beliau tekad menghentikan segala kecaman terhadap Mohamed Azmin sebaliknya mahu fokus terhadap kebajikan pengundi di kawasan itu.

Katanya, manifesto beliau cukup jelas iaitu rakyat nombor satu dan tidak akan mengambil tahu mengenai Mohamed Azmin lagi.

“Memang pada awalnya saya berjanji untuk menelanjangkan dia (Mohamed Azmin), namun adalah lebih baik bila saya diterima sebagai calon kawasan ini, saya bercakap perkara-perkara yang menguntungkan rakyat di Bukit Antarabangsa,” katanya.

Azwan turut dijangka menyediakan sebanyak 50,000 bekas rendang ayam dan daging untuk penyokong setia yang bakal mengundinya pada PRU-14 nanti.

Terdahulu Azwan adalah calon pertama yang tiba di pekarangan pusat penamaan calon iaitu kira-kira jam 7.15 pagi.

Like kami di Facebook • Follow kami di Twitter • Follow kami di Instagram

The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

TINGGALKAN MAKLUM BALAS

Please enter your comment!
Please enter your name here

Ikuti F8Buzz

13,771PeminatSuka
10,051PengikutIkut
73PengikutIkut
32,400PelangganLanggan

Terkini

Che Ta Elak Guna Kontroversi Jual Produk, Artis Pertama DiLantik Duta

Pelakon Rozita Che Wan,  46, tepis sebarang langkah menimbulkan kontroversi semata-mata mahu menjual produk agar laku. “Jika produk dah bagus kenapa nak timbulkan kontroversi,  tak...

Syamel Dalam ‘Halusinasi’. Ada Masalah Dengan Ernie Ke?

Baharu sahaja lima bulan bertunang, dah kenapa pula penyanyi popular tanah air yang sentiasa tampil dengan imej gentlemen dan bersuara lantang nampak dalam keadaan...

Dayang Nurfaezah Pilih ‘Tudung Periuk’ Segarkan ‘Belagu’, Masih Guna Hael Husaini

Sebuah lagu nyanyian Biduanita Negara, Saloma serta dua buah lagi yang dinyanyikan bersama suaminya, Seniman Agung Tan Sri P. Ramlee menjadi pilihan penyanyi berasal...

Intan Ladyana Ambil Alih Kedudukan Che Ta Kahwin Lelaki Muda?

Benarlah kata orang jodoh tidak mengenal usia.  Jika Rozita Che Wan berbeza 10 tahun dengan suaminya, Zain Saidin, kini pengumuman pengacara muda, Harris Alif yang...

Popular

Instagram