Gelagat lucu pasangan selebriti Noor Neelofa dan suaminya, Haris Ismail meraih perhatian netizen.
Menerusi hantaran di TikTok, seorang netizen bertanyakan kepada Neelofa tentang garis di dahinya semasa sesi menjual inai bersama Haris atau lebih dikenali sebagai PU Riz.
“Diorang (netizen) tanya saya dahi saya kenapa?” kata Neelofa sambil berinteraksi bersama suaminya.
Bagaimanapun, jawapan PU Riz yang santai dan bersahaja membuatkan ramai tidak kering gusi termasuk Neelofa sendiri.
“Dahi dia sebab sembahyang kuat,” jawab PU Riz ringkas.
Menjengah ke bahagian komen, rata-rata netizen seronok menyaksikan keserasian pasangan tersebut.
“Hahaha kelakar jawapannya,”
“Hahahaha setiap kali live orang tanya dahi, penat nak jawab tu,”
“Seronok dapat suami macam ni.”
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas.
GIPHY App Key not set. Please check settings