SHAH ALAM, 8 Mac – Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederakan anak lelakinya pada bulan lepas, berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan ke atasnya hari ini.

foto. Bernama

Ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumkan kepada Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitkan seksyen dalam pertuduhan itu.

Pindaan tersebut adalah daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 324 dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 324 memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu manakala Seksyen 326A pula memperuntukkan hukuman dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 324.

Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan pertuduhan pindaan itu terhadap Armin Zaharin iaitu dia didakwa sengaja menyebabkan kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya menggunakan rotan di sebuah rumah di Denai Alam di sini, kira-kira 8 hingga 11.30 malam pada 24 Feb lepas.

Baca Selanjutnya Di Sini

 

 

 

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari