Anda pasti mahukannya jika: 1. Anda terlebih duit. 2. Anda tersangat terlebih duit.

Tiffany & Co., yang terkenal dengan barangan perak sterling berharga tinggi, baru-baru ini telah memperkenalkan apa yang dipanggil koleksi “Everyday” dan seperti yang ramai boleh agak, harganya sangatlah melampau.

Koleksi ini direka oleh Ketua Pegawai Artistik Tiffany Reed Krakoff, yang membantu jenama tersebut melancarkan koleksi Rumah dan Aksesori yang lebih besar tahun ini.

Antara koleksi yang dapat dibeli di laman web Tiffany & Co. –

This slideshow requires JavaScript.

“Apa yang menjadikan koleksi ini unik adalah gabungan kualiti, kerja tangan dan reka bentuk terbaik dengan tahap kefungsian yang membolehkan anda menggunakan perkakas ini setiap hari,” kata Reed Krakoff, ketua pegawai seni Tiffany, dalam satu kenyataan.

Syarikat yang berpangkalan di New York itu telah melalui tahun yang penuh kesukaran. Ia secara tiba-tiba melepaskan ketua pegawai eksekutifnya dan menggantikannya dengan bekas eksekutif Diesel SpA, Alessandro Bogliolo. Paling baru, ia mengupah eksekutif Ralph Lauren Corp, Roger Farah sebagai pengerusi, sambil berjanji untuk menyegarkan reka bentuk produknya dan memodenkan kedainya.

Akankah pelanggan setia Tiffany akan membeli set pingpong kulit dengan plak berukir berharga $650, walaupun sebagai hadiah? Kita pasti tahu, lebih-lebih dengan musim perayaan krismas yang hampir tiba.

Tinggalkan Pendapat Anda Untuk Semua Dengari