Ribena Di Tarik Balik Dari Pasaran

Walau bagaimanapun, semua produk siap sedia minuman Ribena seperti Sparkling Ribena, pek poket, minuman paket dan Botol PET dan Ribena pastil tidak terjejas dan masih boleh dibeli.

0
1069

KUALA LUMPUR – Minuman kegemaran tempatan, Ribena telah ditarik balik di seluruh negara pada 12 Ogos.

Semua varian produk  Ribena berkonsentrasi telah ditarik balik kerana produk terdedah kepada udara semasa proses pembotolan menyebabkan ia rosak sebelum tarikh tamat tempoh yang sebenar, dalam satu kenyataan oleh pengilang Suntory Beverage dan Food Malaysia Sdn Bhd.

“Walaupun bukan setiap botol terjejas, pengguna dinasihatkan untuk tidak meminum minuman itu jika ia kelihatan luar biasa, rasa atau berbau masam,” kata kenyataan itu.

“Ribena berkonsentrasi dengan perasa Blackcurrant Regular, Blackcurrant & Glucose dalam saiz pek 600 ml, satu liter dan 2 liter dengan tarikh luput dari Mei hingga Ogos 2018 telah ditarik balik,”. “Botol satu liter Ribena Blackcurrant & Strawberry dan Blackcurrant & Blueberry dengan tarikh tamat tempoh Februari hingga Mac 2018, serta perasa Blackcurrant & Apple yang tamat tempoh antara April hingga Mei juga ditarik balik.”

Varian produk Ribena yang di tarik balik.

Walau bagaimanapun, semua produk siap sedia minuman Ribena seperti Sparkling Ribena, pek poket, minuman paket dan Botol PET dan Ribena pastil tidak terjejas dan masih boleh dibeli.

Siasatan lanjut masih berterusan sementara pengeluaran bagi produk Ribena Concentrate telah dihentikan sehingga siasatan selesai awal minggu depan.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh melawat halaman Facebook mereka, Ribena Malaysia, email di mysuntory@suntory.com atau hubungi hotline di 1 800 88 6200.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here