Abdul Latif Sumbang Pingat Emas Ketiga Malaysia, Pecah Rekod Dunia

RIO, 11 Sept – Atlet paralimpik Malaysia terus cemerlang di temasya Sukan Paralimpik Rio de Janeiro selepas Abdul Latif Romly meraih pingat emas ketiga negara.

Atlet berusia 19 tahun dari Kangar, Perlis itu beraksi dalam acara lompat jauh T20 mencatat jarak 7.60 meter pada lompatan kelima beliau di Stadium Olimpik, sekaligus mencipta rekod dunia.

Pecah Rekod Dunia

Rekod dunia terdahulu iaitu 7.35m adalah milik beliau sendiri dicatat pada Kejohanan Olahraga Dunia IPC di Doha, Qatar tahun lepas manakala rekod Sukan Paralimpik iaitu 7.25m dipegang Jose Antonio Exposito Pineiro dari Sepanyol yang dilakukan pada edisi 2012 di London.

Abdul Latif mula membuat lompatan terbaik pada percubaan kedua dengan 7.47m selepas percubaan pertama dibatalkan atas kesilapan teknikal.

Beliau terus memperbaiki jarak pada lompatan seterusnya dengan 7.54m, tetapi percubaan keempat hanya setakat 6.79m sebelum menamatkan saingan dengan lompatan kelima pada 7.60m yang tidak mampu lagi dicabar peserta lain.

Pingat perak acara itu diraih Zoran Talic dari Croatia dengan 7.12m dan gangsa menjadi milik Dmytro Prudnikov dari Ukraine dengan 6.99m.

SumberBernama
The Buzzer
Kadang-kadang lelaki. Kadang-kadang perempuan. Mengumpul berita dari serata ceruk alam maya atau melaporkan secara eksklusif.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Ikuti F8Buzz

13,595FansLike
10,051FollowersFollow
72FollowersFollow
22,800SubscribersSubscribe

Terkini

Skandal Seks Artis-VIP Kembali Hangat!

Kisah artis dan vvip bukanlah satu fenomena baharu dalam industri hiburan tempatan. Sudah lama berita sebegini menjadi topik...

Ini Zulin Sekarang, Tak Terlibat Macau Scam Tau!

Wow! Ini Zulin Aziz sekarang, bukan Zulin Aziz dulu tau! Tak percaya? Apa kata korang jengah ke laman Instagram...

‘Mak Leha’ Curang? Biar Betik?

Sejak hadir sebagai pelakon melalui filem pertamanya, ‘Pagar Pagar Cinta” 36 tahun lalu, nama...

‘Siapa Tak Mahu’ Tonton Tok Ti Bersama Mira Filzah, Hun Haqeem?

Baharu sahaja dilancarkan kira-kira tiga jam, sejak pukul  9 malam 16 Oktober 2020), video muzik terbaharu penyanyi tersohor negara, Dato Sri Siti...

Popular

Kak ‘Ros’ Upin Dan Ipin Di Eksploitasi Seksi Melampau

KUALA LUMPUR - Watak ‘Ros’ kakak garang dalam siri animasi Upin dan Ipin dikesan menjadi mangsa eksploitasi pihak tidak bertanggungjawab yang memaparkan watak itu...

Putera Puteri Sukan SEA – FOTO

Kelmarin, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin membanggakan rakyat Malaysia dengan memenangi pingat emas acara sukan kuda lasak kategori individu. Namun Baginda bukanlah satu-satunya kerabat...

8 Kasut Air Jordan Terbaik Pernah Dikeluarkan

Michael Jordan sudah pasti adalah pemain bola keranjang NBA paling terkenal diseluruh dunia. Kehebatan beliau tidak dapat disangkal sama sekali. Legasi beliau masih kekal...

8 Pencuci Mulut Lazat Tak Perlu Ketuhar

8 pencuci mulut lazat yang boleh dibuat tanpa memerlukan ketuhar. Mudah disediakan dan yang penting, yummy! Wajib cuba di masa cuti begini. 1. Biskut Coklat & Peanut Butter   Resepi...

Instagram