in ,

“Awal Lagi Nak Kahwin!” – Wani Kayrie Jawab Spekulasi Gimik Kahwin Di AJL40

Finalis Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40), Wani Kayrie tampil menepis spekulasi kononnya dia bakal membuat gimik bertemakan perkahwinan ketika persembahan di pentas akhir nanti.

Menurut penyanyi berusia 25 tahun itu, ramai membuat andaian sedemikian kerana lagu yang dipertandingkan sering dikaitkan dengan tema perkahwinan.

BUZZ RINGKAS

TEPIS SPEKULASI
Wani Kayrie menafikan bakal membuat gimik kahwin di AJL40.

KEKAL RINGKAS
Memilih persembahan yang sederhana tanpa gimik berlebihan.

FOKUS PRESTASI
Tidak mahu gimik mengganggu kualiti persembahan di pentas akhir.

MAHU DIKENANG
Berharap persembahannya meninggalkan kenangan kepada penonton.

“Yang Kahwin Bukan Saya”

“Awal lagi nak kahwin. Mungkin sebab orang rasa lagu ni tentang kahwin, jadi mereka ingat saya mesti akan buat tema kahwin.

“Tapi kalau boleh saya nak buat sesuatu yang lain. Kahwin itu bukan saya, mungkin artis lain,” katanya sambil berseloroh.

Wani berkata dia memahami jangkaan peminat, namun tidak mahu memberikan sesuatu yang terlalu mudah dijangka.

Tolak Gimik Demi Persembahan

Menurut Wani, AJL40 bukan pentas untuk dia bergantung kepada gimik semata-mata kerana fokus utamanya adalah memberikan persembahan terbaik.

“Saya tak nak ada apa-apa gimik. Saya cuma nak perform dengan gembira. Saya tak nak benda-benda macam tu mengganggu fokus dan prestasi saya,” katanya.

Tambahnya, dia lebih selesa memilih konsep yang ringkas tetapi mampu meninggalkan impak kepada penonton.

Mahu Persembahan Diingati

Wani mengakui dirinya lebih gemar mengekalkan konsep yang sederhana berbanding mencipta sensasi sebelum persembahan berlangsung.

“Sejujurnya saya lebih suka keep it simple. Kalau ada gimik pun biarlah datang daripada konsep persembahan itu sendiri.

“Saya sangat fokus untuk AJL. Saya cuma nak buat yang terbaik dan menghasilkan persembahan yang memorable untuk semua orang,” katanya.

Wani merupakan antara finalis yang bakal berentap di pentas AJL40, dengan harapan untuk memberikan persembahan yang meninggalkan kesan tanpa perlu bergantung kepada gimik yang berlebihan.

Info AJL40

Anugerah Juara Lagu edisi ke-40 tampil dengan tema meraikan perjalanan empat dekad muzik tempatan sambil mengangkat masa depan industri melalui mesej Love Your Legacy, Elevate Your Future.

Acara berprestij ini dijadual berlangsung di Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026 bermula jam 9 malam dan akan disiarkan secara langsung di TV3 serta platform penstriman Tonton.

Sebanyak sepuluh lagu berjaya mara ke pentas akhir, antaranya Dayang Nurfaizah menerusi Lemah, Aina Abdul (Kamu), Marsha Milan (Tangisan Seorang Pendosa), Wani Kayrie (Cak Cak Cekuk), K.O.I (Tiwikarma), Amir Masdi (Nurcinta), Aisha Retno (Tak Adil), Hazama (Semacam Pandora) serta Ryenald Guntabid dengan lagu Lumangad Oku Dika.

Naz Rahman dan Sissy Imann sekali lagi diberi kepercayaan sebagai hos utama, manakala Fizi Ali bersama Fiza Frizzy akan mengendalikan liputan karpet merah serta belakang pentas.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Anna Jobling Tak Sorok Cinta Dengan Karel, Tangguh Soal Kahwin