in ,

Golden Destinations Lancar Pelayaran Khas Star Voyager

Golden Destinations (GD) mengumumkan kerjasama bersama StarCruises dengan menyewa khas kapal persiaran Star Voyager bagi menawarkan pelayaran sempena cuti sekolah Disember 2026 dari Port Klang ke Phuket dan Krabi, Thailand.

Menerusi pelayaran khas itu, orang ramai boleh memilih lima tarikh pelayaran yang berlangsung antara 5 hingga 22 Disember 2026, melibatkan pakej dua malam dan tiga malam yang sesuai untuk keluarga, pasangan, kumpulan rakan, pelancong korporat serta mereka yang ingin bercuti pada penghujung tahun.

BUZZ RINGKAS

PELAYARAN KHAS
Golden Destinations menyewa Star Voyager sempena cuti sekolah Disember.

DESTINASI
Phuket dan Krabi dari Port Klang.

TARIKH
Lima pelayaran berlangsung sepanjang Disember 2026.

SASARAN
Sesuai untuk keluarga, pasangan dan kumpulan percutian.

Percutian Lebih Mudah Dari Port Klang

Menariknya, semua pelayaran akan berlepas terus dari Port Klang, sekali gus memberikan pilihan percutian yang lebih mudah tanpa perlu menaiki penerbangan ke luar negara terlebih dahulu.

Golden Destinations berkata kerjasama ini menggabungkan kepakaran syarikat dalam merancang pakej pelancongan bersama pengalaman StarCruises dalam menawarkan layanan hospitaliti serta hiburan di atas kapal.

Lima Pelayaran Ditawarkan

Sepanjang cuti sekolah Disember, lima pelayaran khas akan disediakan dengan pilihan destinasi Phuket, Krabi atau gabungan kedua-duanya.

Selain menikmati destinasi pelancongan terkenal Thailand, penumpang turut boleh menikmati pelbagai kemudahan yang tersedia di atas Star Voyager termasuk penginapan, pilihan makanan antarabangsa termasuk sajian halal di restoran The Lido, hiburan secara langsung, aktiviti mesra keluarga dan pelbagai kemudahan rekreasi.

Jangka Sambutan Menggalakkan

Presiden StarDream Cruises, Michael Goh berkata kerjasama bersama Golden Destinations dijangka memberi lebih banyak pilihan kepada rakyat Malaysia yang ingin menikmati percutian hujung tahun secara lebih mudah dan selesa.

Sementara itu, Pengarah Urusan Golden Destinations Group Berhad, Mita Lim berkata projek sewaan khas Star Voyager menjadi satu pencapaian penting buat syarikat dalam menawarkan pengalaman pelayaran yang lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia.

Tempahan bagi semua pelayaran kini telah dibuka menerusi rangkaian ejen pelancongan Golden Destinations di seluruh negara.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Che Puan Sarimah Ibrahim Kini Wajah Baharu Labrich

Hong Kong ‘On Fire’ Dengan Festival, Bola Sepak & Diskaun!