in ,

Tengok MPL Pun Boleh Dapat Diamonds? Tonton Kini Bagi Ganjaran Eksklusif!

Demam Mobile Legends: Bang Bang Professional League (MPL) Malaysia Season 17 kini semakin hangat apabila platform penstriman digital Tonton tampil dengan kempen khas buat peminat esports tempatan.

Menerusi kerjasama strategik bersama Moonton, Tonton kini menjadi platform penstriman eksklusif MPL Malaysia Season 17 untuk peminat di seluruh negara.

Langkah ini bukan sahaja membuka akses lebih luas kepada aksi kompetitif MLBB, malah mengukuhkan lagi kedudukan Tonton dalam arena esports tempatan.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
Tonton & Moonton.

APA
Kempen Tonton & Menang: MPL MY S17.

BILA
29 April – 7 Jun 2026.

DI MANA
Platform Tonton.

MENGAPA
Menggalakkan tontonan MPL Malaysia Season 17.

BAGAIMANA
Dengan ganjaran Diamonds dan Skin Chests eksklusif.

Kempen “Tonton & Menang” Kini Bermula

Seiring dengan penstriman eksklusif itu, Tonton turut memperkenalkan kempen “Tonton & Menang: MPL MY S17” yang berlangsung dari 29 April hingga 7 Jun 2026.

Kempen ini memberi peluang kepada pengguna untuk menonton siaran MPL Malaysia Season 17 sambil mengumpul mata bagi memenangi pelbagai ganjaran eksklusif.

Cara Penyertaan Mudah Dan Mesra Pengguna

Peserta hanya perlu mengimbas kod QR pada poster rasmi atau melayari microsite kempen sebelum log masuk ke akaun Tonton.

Bagi pengguna baharu, mereka juga boleh mendaftar akaun terlebih dahulu untuk menyertai kempen ini.

Selepas itu, pengguna hanya perlu menonton kandungan dan perlawanan MPL Malaysia Season 17 di Live TV untuk mula mengumpul mata secara automatik.

Mata akan dikira berdasarkan jumlah jam tontonan yang berjaya dikumpulkan setiap minggu.

Peluang Menang Diamonds & Skin Chests

Antara tarikan utama kempen ini ialah sistem leaderboard yang membolehkan peserta bersaing berdasarkan jumlah tontonan tertinggi.

Peserta berpeluang memenangi sehingga 4,450 Diamonds dalam permainan MLBB selain Skin Chests eksklusif.

Pemenang akan dihubungi oleh pihak Tonton untuk proses pengkreditan hadiah terus ke dalam aplikasi Mobile Legends: Bang Bang.

Penstriman Setiap Hujung Minggu

Peminat esports juga boleh menikmati penstriman tanpa gangguan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang kejohanan berlangsung di Tonton.

Inisiatif ini dilihat sebagai usaha untuk menarik lebih ramai pengguna muda serta mengukuhkan komuniti esports tempatan menerusi kandungan digital interaktif.

Tonton Terus Perkukuh Arena Esports

Secara keseluruhannya, kerjasama antara Tonton dan Moonton memperlihatkan perkembangan positif industri esports tempatan yang semakin mendapat perhatian.

Gabungan elemen hiburan digital, penstriman langsung dan ganjaran interaktif menjadikan pengalaman menonton MPL Malaysia Season 17 lebih menarik buat peminat MLBB di Malaysia.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Fine Dining Atas Kapal? Chef Tommie Lee Turun ‘Laut’ Dengan Genting Dream!

Dari Kedai Kopi Ke Pentas Kreatif! Starbucks Cari Pemenang Hadiah RM10,000