Siri Tonton Vertical “BRU: Masin & Manis” kini menghampiri penghujung perjalanan selepas mencuri perhatian penonton menerusi format kandungan vertikal di Tonton.
Bersempena tayangan episod kemuncak, Tonton bersama HWC COFFEE menganjurkan Finale Screening dan Meet & Greet yang berlangsung di cawangan HWC COFFEE, DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya pada 23 Ogos lalu.

Acara tersebut turut menampilkan barisan pelakon utama, Imranul Effendy yang membawakan watak Mohsin dan Ellyza Azizi sebagai Manis.
Imranul Effendy dan Ellyza Azizi.
APA
Finale Screening dan Meet & Greet “BRU: Masin & Manis”.
BILA
23 Ogos 2026.
DI MANA
HWC COFFEE, DPULZE Shopping Centre, Cyberjaya.
MENGAPA
Meraikan penghujung perjalanan siri Tonton Vertical bersama peminat.
AKTIVITI
Tayangan lima episod terakhir, permainan interaktif dan sesi fotografi bersama pelakon.

Peminat Saksikan Lima Episod Terakhir Bersama Pelakon
Antara tarikan utama acara ialah Finale Screening yang memberi peluang kepada peminat menjadi antara penonton terawal menyaksikan lima episod terakhir “BRU: Masin & Manis”.

Lebih menarik, tayangan tersebut berlangsung bersama barisan pelakon yang menghidupkan watak Mohsin dan Manis sepanjang siri berkenaan.
Suasana turut diserikan dengan reaksi spontan penonton yang mengikuti perjalanan kisah kedua-dua watak sehingga ke penghujung cerita.

Peminat Berpeluang Berinteraksi Dengan Pelakon
Selain tayangan finale, acara turut dimeriahkan dengan beberapa permainan interaktif yang menemukan peminat dengan Imranul Effendy dan Ellyza Azizi.
Antara aktiviti yang menceriakan suasana ialah permainan Menara Cawan dan Kutip Biji Kopi Ini, yang menyaksikan peminat serta pelakon berentap dalam suasana santai dan penuh gelak tawa.
Sesi tersebut memberikan peluang kepada peminat untuk berinteraksi dengan lebih dekat bersama barisan pelakon siri berkenaan.

Turut Nikmati Salted Series HWC COFFEE
Kemunculan HWC COFFEE sebagai rakan kolaborasi turut menambahkan kemeriahan acara apabila para tetamu berpeluang menikmati minuman istimewa Salted Series.
Kolaborasi tersebut membawa dunia “BRU: Masin & Manis” keluar dari skrin digital dan ke ruang fizikal, sekali gus memberikan pengalaman yang lebih dekat kepada peminat.
Acara kemudiannya diteruskan dengan sesi fotografi bersama Imranul Effendy dan Ellyza Azizi yang menjadi antara momen paling dinantikan oleh pengunjung.

Tutup Perjalanan Dengan Kenangan Bersama Peminat
Finale Screening dan Meet & Greet ini bukan sahaja meraikan penghujung perjalanan “BRU: Masin & Manis”, malah menjadi tanda penghargaan buat penonton yang terus mengikuti siri tersebut di Tonton.
Dengan sokongan peminat yang diberikan sepanjang tayangan, acara berkenaan menjadi penutup yang cukup bermakna buat barisan pelakon dan produksi.
Bagi peminat yang mahu mengikuti kandungan serta perkembangan terkini Tonton, ikuti platform rasmi Tonton di Facebook, X, TikTok dan Instagram menerusi @tontonmy.
Dalam masa sama, peminat juga boleh mendapatkan minuman Salted Series hasil kolaborasi HWC COFFEE dan Tonton di cawangan HWC COFFEE terdekat atau membuat pesanan menerusi laman web dan aplikasi HWC COFFEE Malaysia.



GIPHY App Key not set. Please check settings