Pengacara dan personaliti televisyen, Hawa Rizwana, menegaskan bahawa pembedahan plastik bukan satu pilihan buat dirinya meskipun sering berdepan tekanan penampilan sebagai figura awam.
Menurut Hawa atau nama sebenarnya Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, beliau lebih memilih pendekatan rawatan estetik bukan invasif bagi mengekalkan kecantikan semula jadi tanpa melakukan perubahan drastik pada wajah.
- Hawa Rizwana menegaskan pembedahan plastik bukan pilihannya
- Beliau memilih rawatan estetik bukan invasif
- Hawa kini duta Estika Medispa
- Klinik itu sudah membantu lebih 100,000 pelanggan
- Trend kecantikan kini lebih fokus kepada hasil semula jadi
Sebagai individu yang aktif di media sosial dan sering berada di hadapan kamera, Hawa mengakui komen mengenai penampilan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan.
“Orang akan sentiasa ada pendapat tentang rupa kita. Kadang-kadang ia membina, kadang-kadang ia boleh menjadi tekanan,” katanya.
Pilih Penjagaan, Bukan Perubahan Drastik
Bagaimanapun, Hawa menegaskan bahawa tekanan tersebut tidak sepatutnya menjadi penentu kepada keputusan besar melibatkan wajah dan identiti diri.
“Pembedahan plastik bukan satu pilihan untuk saya. Saya tak mahu ubah wajah hanya kerana standard atau komen orang. Saya cuma mahu enhance apa yang sudah ada.
“Bagi saya, kecantikan itu tentang penjagaan yang konsisten, bukan perubahan drastik,” jelasnya.
Duta Estika Medispa
Sebagai Duta Estika Medispa, Hawa melihat rawatan anti-penuaan moden sebagai langkah pencegahan yang bijak bagi mengekalkan seri dan keanjalan kulit secara progresif serta selamat.
Estika Medispa yang kini memasuki tahun ke-11 penubuhannya menawarkan pelbagai rawatan estetik bukan invasif menggunakan teknologi terkini untuk membantu pelanggan mengekalkan kesihatan kulit tanpa prosedur pembedahan.

Trend Kecantikan Semakin Semula Jadi
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Estika Medispa, Dr Haq Wasa, trend kecantikan masa kini semakin menjurus kepada hasil yang lebih semula jadi dan berperingkat.
“Kami menggalakkan pencegahan awal. Dengan rawatan yang konsisten dan bersesuaian, keperluan untuk prosedur invasif boleh diminimumkan,” katanya.
Sepanjang lebih sedekad beroperasi, Estika Medispa telah membantu mencantikkan lebih daripada 100,000 kulit wajah rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara peneraju dalam industri estetik bukan invasif di negara ini.
Kolaborasi bersama Hawa Rizwana bukan sekadar pelantikan duta, sebaliknya membawa mesej bahawa kecantikan boleh diurus secara bijak, selamat dan berperingkat tanpa mengorbankan identiti semula jadi seseorang.



GIPHY App Key not set. Please check settings