Satu pentas, tiga bintang. Resorts World Genting menyambut tahun baharu 2026 dengan sambutan J-pop dan anime paling meriah, apabila Anime Fantasia Live at RWG berlangsung dari 29 Disember 2025 hingga 3 Januari 2026.
Selama enam hari, peminat akan disajikan festival penuh dunia ACG, pameran interaktif, cosplay harian, permainan mini, sesi meet-up dan jualan merchandise rasmi yang mengubah seluruh RWG menjadi destinasi otaku paling epik hujung tahun.
Kemuncaknya tiba pada 3 Januari 2026 menerusi sebuah konsert bertenaga tinggi yang menghimpunkan tiga nama besar dalam satu malam penuh muzik dan budaya pop Jepun.

Pertama ialah Airi Suzuki, ikon J-pop yang memulakan perjalanan seni dalam Hello Project Kids sebelum mencetus fenomena sebagai anggota °C-ute dan Buono!. Kini dengan kerjaya solo yang kukuh, kemunculannya di Malaysia dijangka menjadi detik paling dinanti peminat J-pop serantau.
Turut menyerikan pentas ialah noa (乃紫), bintang Gen-Z yang terkenal dengan karya dreamy dan self-produced. Sejak debut pada 2022, hit seperti Any angle (全方向美少女) melonjakkan namanya sebagai wajah baharu paling menarik dalam J-pop moden. Konsert ini turut menjadi persembahan live pertamanya di Malaysia.
Menambah warna tempatan ialah KLP48, kumpulan saudara antarabangsa dalam keluarga AKB48 yang membariskan ahli dari Malaysia, Jepun, Indonesia dan Hong Kong. Dengan debut penuh tenaga termasuk “Heavy Rotation,” persembahan mereka di Arena of Stars bakal membawa aura idol Jepun yang sudah sinonim dengan legasi 48 Group.
Gabungan ketiga-tiga artis ini menjanjikan sebuah malam penuh ritma J-pop, semangat idol dan budaya anime yang meriah untuk membuka tirai 2026 dengan gaya yang paling mengujakan.

Tiket dijual pada harga RM258 (VIP/Standing), RM288 (VIP/Seating), dan RM228 (PS1), dengan caj pemprosesan RM4 setiap tiket. Jualan umum dibuka pada 2 Disember 2025, jam 12 tengah hari, manakala ahli GRC Gold dan ke atas menikmati diskaun 10% untuk semua kategori apabila membeli menggunakan tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points.
Bagi peminat anime, pengikut J-pop atau sesiapa yang mencari permulaan tahun baharu yang epik, konsert ini pasti menjadi antara acara paling hangat musim ini.
Untuk pembelian tiket dan maklumat lanjut, layari rwgenting.com atau ikuti platform rasmi RWG.



GIPHY App Key not set. Please check settings