in

Bulan Bintang Hadiahkan Umrah RM250k, 23 Pemenang Terbang Sekaligus, Warganet Ramai Sebak

KUALA LUMPUR – Kempen raya Bulan Bintang tahun ini sekali lagi mencuri perhatian ramai, tetapi bukan kerana jualan semata-mata tetapi jenama baju Melayu popular itu melakar momen bermakna apabila menghantar 23 pemenang bertuah ke Makkah untuk menunaikan umrah dalam satu rombongan khas.

Keseluruhan perjalanan itu menelan belanja hampir RM250,000, namun disambut penuh syukur oleh pengasasnya, Azzim Zahid Azmi atau lebih dikenali sebagai Meri.

Pengasas Bulan Bintang, Azzim Zahid Azmi.
RUMUSAN RINGKAS – MISI UMRAH BULAN BINTANG
  • 23 pemenang diterbangkan ke Makkah dalam rombongan khas.
  • Kos keseluruhan hampir RM250,000.
  • Kerjasama rasmi dengan Tabung Haji Travel and Services.
  • 14 lelaki & 9 wanita terpilih melalui kempen Terrrrpaling Raya.
  • Inisiatif menuai pujian warganet di Instagram & TikTok.
  • RM11 juta dibelanjakan dan semuanya dikembalikan kepada pembeli.
  • 150,000 sampin & baju batik percuma diagihkan.
  • Cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta termasuk kereta & umrah.

Menurut Meri, ini adalah antara projek paling besar hati buatnya kerana rombongan tersebut berjaya dikumpulkan dalam satu penerbangan hasil kerjasama bersama Tabung Haji Travel and Services.

“Setiap kali dapat hantar orang ke Tanah Suci, perasaan dia lain. Tahun ni lebih istimewa sebab semua pemenang dapat pergi bersama-sama dalam satu rombongan besar,”- Meri, Pengasas Bulan Bintang

Rombongan yang disertai 14 peserta lelaki dan 9 wanita itu merupakan hadiah utama kempen Bulan Bintang Terrrrpaling Raya, yang menjadi perhatian besar di platform media sosial sejak dilancarkan bulan lalu.

Meri bersama dengan salah seoarang pemenang.

Di Instagram dan TikTok, video detik sebelum pelepasan rombongan itu meraih ribuan komen positif.

Antara pujian daro warganet.

Ramai warganet memuji kesungguhan Bulan Bintang yang bukan sahaja mengukuhkan jenama, tetapi pada masa sama memberi kembali kepada komuniti.

Ramai warganet yang mengucapkan rasa syukur dan mendoakan kepada team bulan bintang.

Kempen tahun ini menyaksikan jumlah keseluruhan RM11 juta dibelanjakan semata-mata untuk menghargai pelanggan.

Antaranya termasuklah 150,000 sampin percuma untuk setiap pembelian, pilihan baju batik modern fit bernilai RM129 secara percuma, peruntukan RM6.2 juta khusus untuk pemberian hadiah-hadiah ini.

Manakala RM1.6 juta digunakan untuk baju batik percuma dan cabutan bertuah bernilai RM3.2 juta merangkumi dua kereta, motosikal, iPhone, pakej umrah dan pelbagai hadiah lain.

Bagi peminat setia jenama itu, usaha ini dilihat sebagai simbol bahawa Bulan Bintang bukan sekadar jenama pakaian tetapi sebuah entiti yang cuba memberi impak sosial sebenar.

Ditulis oleh Ezza Azira

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Iskandar raih tempat pertama pada minggu 5

Minggu Tanpa Penyingkiran! Iskandar Kekal Di Puncak, Markah Tertinggi Minggu Kelima

ANIME FANTASIA LIVE 2026: Airi Suzuki, noa dan KLP48 Gegarkan Genting Highlands Tahun Baru Ini