KUALA LUMPUR – Penyanyi berbakat, Sissy Imann akhirnya membuka cerita sebenar tentang status dirinya selepas berminggu-minggu menjadi bahan teka-teki peminat.
Sissy Imann Mohammad Kamil atau dikenali sebagai Sissy, 30, mengesahkan bahawa dia bakal melangkah ke alam perkahwinan dengan jejaka yang juga seorang doktor.
- Sissy Imann sahkan bakal berkahwin pertengahan bulan ini ❤️
- Bertemu bakal suami ketika mendapatkan rawatan sebagai pesakit!
- Tunang merupakan seorang doktor dan tidak mengenalinya sebagai selebriti 📺❌
- Hubungan bermula tahun ini dan berkembang secara natural 🌿
- Sissy tetap aktif dalam kerjaya seni selepas berkahwin 🤝
- Spekulasi bermula selepas Sissy muat naik foto cincin 💍
- Single baharu ‘Dengan Kamu’ dilancar serentak dengan pengumuman 🎶💞
Pengumuman manis itu dibuat ketika majlis pelancaran single terbaharunya, Dengan Kamu, yang berlangsung di Qeqoz Gifts & Café, petang Isnin.
Menurut Sissy, hubungan mereka bermula secara tidak disangka apabila dia bertemu lelaki berkenaan semasa menerima rawatan.
“Waktu mula jumpa, dia langsung tak tahu saya penyanyi. Dia memang jenis tak tengok TV,” – Sissy Imann.
Jelasnya lagi, mereka hanya saling mengenali pada tahun ini dan hubungan itu berkembang secara tenang tanpa sebarang tekanan.
Walaupun memilih untuk tidak mendedahkan tarikh tepat, Sissy mengakui persiapan sedang rancak dilakukan.
“Yang saya boleh kongsi, insya-Allah majlis kami akan berlangsung bulan ini,” katanya.
Sissy menolak anggapan bahawa perkahwinan bakal memperlahankan langkahnya dalam industri.
“Saya jenis tak boleh duduk diam. Selepas berkahwin pun, kerjaya seni tetap berjalan seperti biasa,” ujar Sissy lagi.
Dalam masa sama, dia bersyukur kerana bakal suaminya memahami tuntutan kerja sebagai anak seni.
Sebelum ini, peminat mula berteka-teki apabila Sissy memuat naik gambar memakai cincin tetapu Sissy memilih untuk berdiam diri sebelum tiba masa yang sesuai.
Kini, segala persoalan akhirnya terjawab dengan pengumuman rasmi ini.
Melengkapkan momen istimewa itu, Sissy turut melancarkan single baharu berjudul Dengan Kamu, yang kini boleh didengar di semua platform digital.
Lagu tersebut secara kebetulan mengangkat tema perasaan seiring dengan fasa baharunya dalam kehidupan.



GIPHY App Key not set. Please check settings