Selepas enam tahun, penantian panjang peminat Maher Zain akhirnya berakhir. Penyanyi dan penulis lagu terkenal Sweden-Lubnan ini bakal kembali menghangatkan pentas Asia Tenggara menerusi Southeast Asia Tour 2025, dengan Malaysia menjadi antara destinasi utama.
- Maher Zain umum Southeast Asia Tour 2025, singgah Kuala Lumpur, Singapura & Kota Kinabalu Ogos ini.
- Malaysia diiktiraf Maher sebagai negara yang mencorakkan permulaan kerjayanya, penuh makna istimewa.
- Tiket mula dijual 13 Jun dengan harga serendah RM158. Peminat dijemput cipta memori tak terlupakan.

Maher Zain akan membuat persembahan di tiga lokasi terpilih iaitu Kuala Lumpur (16 Ogos), Singapura (21 Ogos) dan Kota Kinabalu (23 Ogos). Ini sekaligus menjadi konsert pertama Maher di Malaysia dan Sabah selepas pandemik COVID-19. Kali terakhir beliau mengadakan jelajah di negara ini ialah pada 2019 yang mencatat sold out di empat bandar dalam tempoh hanya beberapa hari.
Malaysia, Lebih Dari Sekadar Pentas Biasa
Dalam sidang media maya bersama media tempatan, Maher menyifatkan Malaysia sebagai nadi penting dalam perjalanan seninya.
“Malaysia mewakili babak yang sangat istimewa dalam karier saya, mungkin lebih besar berbanding mana-mana negara lain. Tak ramai artis boleh kata satu negara benar-benar mencorakkan permulaan kerjaya mereka,” katanya penuh rasa syukur.

Dengan lebih 8 juta pengikut di Instagram dan 6.2 juta pendengar bulanan di Spotify, Maher Zain tidak pernah surut memberi inspirasi dengan gabungan muzik spiritual dan kontemporari yang merentas bangsa.
Peminat boleh menantikan lagu-lagu hit seperti “Insha Allah”, “Baraka Allahu Lakuma”, “Thank You Allah”, termasuk single baharu “Qalbi Fil Madinah” & “Rahmatun Lil’Alameen”.

Lebih Dari Sekadar Konsert
Menurut Dr. Mohd Afiq Farhan Md Hanif dari Yayasan Tengku Abdullah (YTA) selaku penganjur, konsert ini bukan hanya hiburan.
“Ia tentang momen yang meresap dalam hati, menyebarkan mesej belas ihsan, ketahanan & harapan yang jauh melangkaui pentas.”
Kuala Lumpur, Singapura dan Kota Kinabalu dipilih untuk pastikan kedua-dua peminat di Semenanjung & Sabah/Sarawak dapat merasai pengalaman ini. Sementara Singapura pula dipilih selepas sambutan luar biasa pada persembahan Maher Zain tahun lalu.



GIPHY App Key not set. Please check settings