in ,

UNIQLO Perkenal Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 Di Kuala Lumpur

UNIQLO memperkenalkan koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 menerusi pratonton media eksklusif di Menara Ilham, Kuala Lumpur pada 21 Ogos lalu, dengan koleksi yang diinspirasikan daripada kepelbagaian cara masyarakat bandar menjalani kehidupan, bergerak dan berpakaian hari ini.

Menerusi koleksi berkenaan, UNIQLO memberikan nafas baharu kepada helaian klasik menerusi gabungan pengaruh warisan, fungsi berinspirasikan aktiviti luar dan siluet moden.

Pelbagai siluet, warna, material serta fungsi baharu diketengahkan bagi memenuhi keperluan kehidupan moden, tanpa mengetepikan ciri serba guna dan keselesaan yang menjadi teras konsep LifeWear.

BUZZ RINGKAS
SIAPA
UNIQLO.

APA
Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026.

BILA
21 Ogos 2026.

DI MANA
Menara Ilham, Kuala Lumpur.

MENGAPA
Menampilkan koleksi yang diinspirasikan kehidupan bandar menerusi siluet moden, fungsi praktikal dan kepelbagaian gaya.

TARIKAN
Koleksi pakaian luar, PUFFTECH, Seamless Down, HEATTECH, pakaian rajut, Fleece, Lounge & Underwear serta koleksi Hijab khusus pertama UNIQLO di Malaysia.

Pakaian Luar Untuk Kehidupan Yang Sentiasa Bergerak

Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 menampilkan rangkaian pakaian luar termasuk Casual Outerwear, PUFFTECH dan Seamless Down yang menggabungkan kepelbagaian gaya, kehangatan ringan serta fungsi untuk menghadapi perubahan cuaca.

Casual Outerwear menawarkan pilihan lapisan yang mudah digayakan menerusi kot santai, jaket kemeja, pakaian luar berisi dan blouson yang dikemas kini dengan potongan moden serta perincian praktikal.

Sesetengah rekaan turut dilengkapi fungsi kalis angin dan kalis air bagi memberikan lebih fleksibiliti ketika berdepan keadaan cuaca yang berubah-ubah.

PUFFTECH pula memberikan kehangatan ringan yang sesuai untuk perjalanan ulang-alik, melancong dan perubahan suhu. Dihasilkan menggunakan gentian ultra halus yang memerangkap udara, rangkaian ini turut menampilkan jaket parka PUFFTECH boleh lipat yang lebih mudah dibawa ke mana sahaja.

Sementara itu, Seamless Down menggabungkan kehangatan dan keselesaan dengan gaya harian yang lebih kemas menerusi pilihan seperti Women’s Reversible Down Short Jacket dan Light Down Volume Jacket.

HEATTECH Lengkapkan Gaya Musim Sejuk

Bagi mereka yang memerlukan lapisan tambahan, HEATTECH hadir dalam pilihan Warm, Extra Warm dan Ultra Warm untuk menyesuaikan keperluan pada suhu serta iklim berbeza.

Rangkaian tersebut turut diperluaskan kepada aksesori musim sejuk termasuk selendang dan sarung tangan yang menggunakan material HEATTECH, Cashmere dan Soufflé Yarn.

Pilihan berkenaan memberikan lebih banyak cara untuk mengekalkan kehangatan, sama ada bagi kegunaan harian mahupun ketika melancong ke destinasi bercuaca lebih sejuk.

Pakaian Rajut Dalam Warna Musim

Pakaian rajut turut menjadi antara tarikan utama koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 dengan penekanan terhadap kehangatan, keselesaan dan gaya moden yang mudah dilapiskan sepanjang hari.

Cashmere dan Merino Wool menjadi antara material utama yang menawarkan keseimbangan berbeza dari segi kelembutan, kehangatan dan keselesaan.

Dari segi warna, merah, biru dan coklat mengetengahkan palet utama musim ini, dengan tona yang dipilih bagi melengkapi karakter setiap material rajutan.

Koleksi berkenaan turut menampilkan material dan rekaan baharu yang memberikan tekstur serta dimensi kepada gaya berlapis, termasuk cashmere gebu, kapas licin, Soufflé Yarn dan rajutan kabel berjalur besar.

Helaian Harian Diberi Sentuhan Baharu

UNIQLO turut menyegarkan koleksi Sweatshirts dan Bottoms menerusi pembinaan, siluet serta pilihan penggayaan yang lebih sesuai dengan pelbagai aktiviti sepanjang hari.

Sweatshirts menggabungkan kelembutan, ketahanan dan kemudahan pemakaian yang menjadikannya sesuai untuk berehat di rumah, perjalanan ulang-alik mahupun aktiviti harian.

Material dan pembinaan yang dikemas kini memberikan tekstur lebih penuh serta lembut, selain menampilkan rekaan baharu seperti Women’s Button-Up Sweat Pullover untuk pilihan lapisan tambahan.

Bagi bahagian bawahan pula, tumpuan diberikan kepada siluet dan perkadaran menerusi tiga kategori utama iaitu Barrel, Jeans dan Culottes.

Selain siluet EZY Barrel yang popular, koleksi baharu turut merangkumi Slim Straight Jeans dan High-Rise Wide Jeans, manakala culottes serta seluar potongan santai memberikan keseimbangan antara keselesaan dan gaya lebih kemas.

Fleece Tidak Lagi Terhad Untuk Aktiviti Luar

Sebagai antara helaian ikonik UNIQLO, Fleece terus berkembang melangkaui fungsi asalnya sebagai jaket dan lapisan pertengahan untuk aktiviti luar.

Koleksi musim ini memperluaskan pilihan menerusi siluet baharu termasuk rekaan separuh zip, pullover, baju-T Fleece dan seluar Fleece.

Pilihan tersebut menawarkan kehangatan ringan, kebebasan bergerak serta lebih banyak cara untuk menggayakannya dalam kehidupan seharian.

Dengan Fleece yang semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan pengguna muda, rangkaian lelaki dan wanita yang diperluaskan menunjukkan bagaimana material berfungsi untuk aktiviti luar boleh diterjemahkan kepada gaya kehidupan moden.

Koleksi Santai Dan Pakaian Dalam Diberi Nafas Baharu

Koleksi Women’s Lounge & Underwear turut diperbaharui dengan konsep yang mengaburkan sempadan antara pakaian dalam dan pakaian santai, selain antara kehidupan di rumah dan aktiviti di luar.

Konsep utama, “Effortless Charm”, menggabungkan material lembut, corak menyeronokkan dan warna terang menerusi pilihan warna, corak serta rekaan yang lebih pelbagai.

Rekaan tersebut membolehkan helaian berkenaan bergerak dengan mudah daripada waktu berehat kepada aktiviti santai seharian.

Satu lagi konsep, “Minimalist Classic”, pula mengetengahkan rekaan ringkas dan serba guna. Kedua-duanya memberikan lebih banyak pilihan dalam gaya harian dengan mengekalkan fokus terhadap keselesaan, kesesuaian potongan dan fungsi.

Koleksi Hijab Khusus Pertama Di Malaysia

Antara sorotan penting pada pratonton media tersebut ialah koleksi Hijab khusus pertama UNIQLO di Malaysia.

Koleksi itu memperluaskan konsep LifeWear dengan menawarkan lebih banyak pilihan dari segi keselesaan, kepelbagaian dan fungsi untuk keperluan serta rutin berbeza.

Ia terdiri daripada AIRism UV Protection Hijab, Georgette Hijab dan Satin Hijab yang direka untuk pelbagai keperluan serta acara.

Koleksi tersebut turut boleh dipadankan dengan helaian LifeWear sedia ada bagi menghasilkan gaya sopan yang selesa dan mudah digayakan.

Turut Menampilkan Koleksi Kolaborasi

Koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 turut dilengkapi dengan rangkaian kolaborasi terbaharu termasuk UNIQLO: C dan UNIQLO U.

Kedua-dua koleksi tersebut menawarkan tafsiran tersendiri terhadap gaya harian kontemporari, namun masih berteraskan konsep LifeWear yang menekankan kepelbagaian serta kemudahan dalam pemakaian.

Pratonton media itu turut menampilkan RE.UNIQLO, inisiatif kelestarian global UNIQLO yang memberikan kehidupan kedua kepada pakaian menerusi penggunaan semula, pembaikan dan kitar semula.

Selain itu, PEACE FOR ALL turut diketengahkan menerusi projek baju-T amal global yang menyalurkan semua hasil jualan kepada organisasi antarabangsa yang membantu mereka terjejas akibat keganasan, diskriminasi, konflik bersenjata dan kemiskinan.

Dengan kepelbagaian material, siluet, warna dan fungsi yang ditawarkan, koleksi Musim Luruh/Musim Sejuk 2026 memperlihatkan bagaimana helaian asas boleh terus berkembang mengikut perubahan gaya hidup masyarakat bandar.

Daripada pakaian luar yang praktikal kepada pakaian rajut, Fleece, HEATTECH, pakaian santai dan koleksi Hijab, UNIQLO terus membawa konsep LifeWear untuk memenuhi pelbagai cara masyarakat moden menjalani kehidupan dan berpakaian setiap hari.

Untuk maklumat lanjut mengenai koleksi LifeWear Musim Luruh/Musim Sejuk 2026, layari laman rasmi UNIQLO Malaysia.

Ditulis oleh Cema Cempaka

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Mohsin Dan Manis Temui Peminat, Finale “BRU: Masin & Manis” Meriah Di Cyberjaya