NEON Music Festival (NMF) 2025, bakal menerangi KL Base 11 April ini, menampilkan deejay bertaraf dunia seperti Hardwell dan ARTBAT, serta kolaborasi istimewa genre Progressive House.

Acara yang dianjurkan oleh NEON Projects Sdn Bhd ini turut menandakan kepulangan Hardwell ke Malaysia selepas tujuh tahun, dan para peminat pastinya tidak sabar untuk menikmati lagu-lagu hit seperti ‘Spaceman’ serta muzik terbaharunya dalam genre ‘Big Room Techno’.
“Kami sangat teruja untuk membawa Hardwell kembali ke Malaysia bersama muzik terkininya yang dijangka menjadi pencetus perubahan dalam dunia EDM. Matlamat kami adalah untuk memberikan pengalaman festival yang tidak dapat dilupakan,” kata NEON Projects dalam satu kenyataan semalam.
Satu lagi tarikan utama adalah kemunculan duo dari Ukraine, ARTBAT, yang akan membuat penampilan sulung mereka di rantau ini dengan persembahan audio-visual penuh imersif bertajuk ‘UPPERGROUND’.

NEON Projects turut mengumumkan kolaborasi eksklusif antara DUBVISION, Matisse & Sadko, dan Third Party yang akan bergabung tenaga dalam persembahan unik back-to-back-to-back (b3b).

Selain daripada persembahan muzik, para pengunjung juga bakal menikmati paparan LED imersif, grafik masa nyata yang mengasyikkan, pertunjukan laser, instalasi seni interaktif, dan ruang foto khas untuk mengabadikan detik-detik istimewa sepanjang festival.

Tiket bermula dari RM268 dan boleh ditempah di www.neonmusicfestival.asia . Untuk maklumat terkini, ikuti @neon_musicfestival di Instagram dan Facebook.



GIPHY App Key not set. Please check settings