in ,

Bantu Baca Surah Al-Fatihah, Netizen Tersentuh Lihat Rizky Febian Bimbing Mahalini – “Comelnya Suami Ajar Isteri”

Penyanyi terkenal Indonesia, Mahalini baru-baru ini mengesahkan bahawa dirinya sedang hamil cahaya mata pertama.

Susulan itu, Mahalini bersama suaminya yang juga penyanyi, Rizky Febian serta keluarga mengadakan majlis kesyukuran bersempena berita gembira tersebut.

Momen-momen acara berkenaan turut banyak dikongsikan di media sosial, antaranya adalah ketika Rizky membimbing Mahalini membaca surah Al-Fatihah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terharu melihat cara Rizky membantu Mahalini membaca surah suci itu dengan lemah lembut.

Dalam masa yang sama, ada juga segelintir yang memuji kejelitaan Mahalini semenjak hamil. 

Terdahulu, spekulasi berkenaan kehamilan penyanyi berusia 25 tahun itu mula timbul dua bulan lalu selepas dia mendapatkan rawatan di hospital.

Untuk info, pasangan popular itu dilaporkan sudah bernikah semula pada 27 Disember lalu selepas perkahwinan pada 5 Mei 2024 dapati tidak memenuhi syarat rukun nikah mengikut hukum Islam.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dituduh Tak Move On, Sherry Ibrahim Berang Dengan Netizen – “Awak Tunggu Peguam Saya”

Anggap Diri Seiras Dengan Rosè, Isteri Haqiem Rusli Teruk Dibahan Netizen – “Macam Kak KM Je”