in ,

Anggap Diri Seiras Dengan Rosè, Isteri Haqiem Rusli Teruk Dibahan Netizen – “Macam Kak KM Je”

Isteri kepada penyanyi, Haqiem Rusli iaitu Anis Sofea teruk di ‘bahan’ netizen gara-gara menyatakan wajahnya seiras dengan ahli kumpulan Blackpink, Rosè.

Menerusi perkongsian di TikTok, Anis memuat naik hantaran berserta kapsyen seloroh bertanyakan perasaan adiknya tentang mempunyai seorang kakak yang hampir serupa dengan penyanyi Korea Selatan tersebut.

“Kakak ke adik, bagaimana rasanya bila ada kakak seiras dengan Rosè,” tulisnya.

@anissofeaz

facts👯‍♀️

♬ original sound – nisfea – nisfea

Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen menzahirkan rasa kurang setuju dan menyamakan wajah Anis Sofea dengan usahawan sensasi, Kak KM.

Selain itu, ada juga segelintir berpendapat bahawa Anis serupa dengan pelakon Hanis Zalikha.

Sekadar info, Anis Sofea mendirikan rumah tangga bersama Haqiem Rusli pada 19 November 2021.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Bantu Baca Surah Al-Fatihah, Netizen Tersentuh Lihat Rizky Febian Bimbing Mahalini – “Comelnya Suami Ajar Isteri”

2 Pereka Fesyen Datuk Seri Vida Cedera Diserang Jurugambar, Punca Masalah Peribadi