Pelakon Sherry Ibrahim meluahkan rasa berang terhadap seorang individu selepas dirinya dituduh tidak ‘move on’ dengan perkara lalu.
Menerusi hantaran di TikTok, Sherry berkongsi sebuah video berlatar belakangkan kata-kata yang menyatakan dia tidak mahu sebarang perkara negatif berkait dengan dirinya untuk tahun 2025.
“Tahun ni aku nak jadi orang yang malas. Malas nak serabut, malas nak layan orang bodoh, malas nak campur urusan orang lain, malas nak gaduh,” ujar audio tersebut.
Bagaimanapun, menjengah ke ruangan komen seorang netizen mendesak supaya pelakon berusia 42 tahun itu untuk ‘move on’ namun tidak meninggalkan sebarang konteks lanjut.

Komen itu kemudiannya dibalas dengan satu lagi video lain di mana Sherry atau nama sebenarnya, Syarizad Ibrahim berkata di mana dia tidak akan ragu-ragu untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap individu berikut sekiranya komen provokasi ditinggalkan lagi di hantaran media sosialnya.
“Assalamualaikum, perangai sebenar yang macam mana tu? Awak (netizen) yang buat komen dekat TikTok saya, awak yang tulis bukan-bukan, awak yang mungkin tak move on, sebab orang dah mula tahun baru.
“Tak ada benda yang perlu dikaitkan, sekali lagi awak tulis, awak tunggu peguam saya okay,”
Sekadar info, Sherry sebelum ini dituduh cuba mencuri perhatian pelakon Fattah Amin selepas aktif memuat naik konten di media sosial.
Untuk rekod, Sherry dan Fattah pernah menjalinkan hubungan cinta pada tahun 2014 namun berpisah dua tahun kemudian.
Fattah mendirikan rumah tangga dengan
Fazura pada 27 November 2017 namun perkahwinan tujuh tahun mereka tidak bertahan lama selepas bercerai pada 7
Oktober lalu.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur
Fatima Aisya, 4 tahun.
GIPHY App Key not set. Please check settings