Pelakon jelita, Nora Danish mencuri perhatian setelah berkongsi video pendek di platform TikTok.
Menerusi hantaran tersebut, dapat dilihat Nora atau nama lengkapnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, berusaha menghafaz surah Al-Mulk.
“Empat ayat lagi yang tinggal. Allah mampukan,” tulis aktres tersebut pada ruangan kapsyen.
Melihat kepada perkongsian berkenaan, rata-rata netizen memuji bacaan Nora di samping ada sebahagian yang mendoakan penghijraan pelakon itu berkekalan.
“Tajwid dia dah banyak improvement berbanding video awal-awal dia mula hafal dulu,”
“Tersentuh hati dengan amalan soleh Nora. Dulu dia lain sekarang banyak berubah ke arah kebaikan,”
“Menangis saya tengok Nora sekarang, saya bangga dengan dia,”
“Inspiring betul!”
Sekadar info, Nora sebelum ini tampil dengan penampilan berhijab pada Julai lalu.
GIPHY App Key not set. Please check settings