in ,

Dituduh Sombong Oleh Pelawak, Ini Respon Shuk Sahar – “Aku Kalau Berkawan…”

Komedian, Shuk Sahar menafikan dakwaan bahawa dirinya bersikap angkuh seperti yang dikatakan oleh seorang pelawak.

Menerusi perkongsian di Dol’s Podcast, Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 39, menyatakan dia tidak mengenali pelawak tersebut secara rapat.

Tambah Shuk lagi, dia turut merasakan tuduhan berkaitan dirinya yang bersikap ‘hidung tinggi’ adalah sesuatu yang mengejutkan dan bercanggah dengan sifat peribadinya.

“Sejujurnya aku cakap, ketika aku ditinggi ataupun aku direndah, aku memang tak rapat dengan Man.”

“Jadi aku macam sedikit mempersoalkan dekat situ, bila masa aku tinggi aku tak layan tapi bila rendah baru aku layan dia. 

“Aku kalau berkawan dengan orang, aku tak kisah aku dekat atas ke ataupun dekat bawah, aku akan tetap berkawan,” jelasnya.

@dolspodcast

Man cakap Shuk bila dah ada dekat atas sombong dengan dia, padahal Shuk memang tak pernah rapat pun. Layan Episod 48, 9 MALAM di Youtube Shuib Channel & spotify Dol’s Podcast. 🔥 @shuibsepahtu @shuksahar @Fizie Roslan @Mamatsepah_Nana #DolsPodcast

♬ 剧情影视紧张悬疑 Secrets Within – Lynne Publishing

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Shuk di samping ada juga segelintir yang berkongsi pengalaman bertemu dengan pelawak itu.

“Pernah terlanggar kereta Shuk, dia kata tak apa,”

“Aku pernah terserempak dengan Shuk ni banyak kali, dia yang senyum dulu dekat aku,”

“Pernah terserempak dengan Shuk, memang baik dan sempoi orang.”

Setakat artikel ini ditulis, hantaran itu meraih lebih 400,000 tontonan dan 13,000 tanda suka di TikTok.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Hafal Surah Al-Mulk, Netizen Tersentuh Lihat Penghijrahan Nora Danish – “Menangis Saya Tengok Nora”

“Cerdiknya” – Nyanyi Lagu Fazura, Gelagat Fatima Buat Netizen Terhibur