Pelakon Intan Najuwa menyatakan bahawa dia sentiasa menjaga batas lakonan antara pelakon yang berstatus suami orang.
Menerusi hantaran di TikTok, Intan atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid memberitahu dia tidak akan bermesra dengan pelakon lelaki dan akan menganggap mereka hanya sebagai kawan.
“Saya memang betul-betul jaga. Kalau pelakon lelaki lagi-lagi sudah beristeri, saya akan friendzone terus,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen memuji sikap pelakon berusia 27 tahun itu yang menjaga maruah seorang wanita dan isteri.
“Ciri perempuan mahal,”
“Antara artis berkelas, educated, kaya. Setuju pendapat dia,”
“Dia memang mahal,”
“Sebab tu dia dapat jodoh setaraf dengan dia sebab dia memang pandai jaga maruah.”
GIPHY App Key not set. Please check settings