Kes penyitaan aset milik usahawan selebriti Datuk Seri Vida masih lagi menjadi ‘buah mulut’ di media sosial.
Susulan itu, seorang personaliti media sosial yang dikenali sebagai Faiz Aizif memberikan pandangannya berkaitan kes tersebut.
Membidas komen-komen negatif yang dilemparkan terhadap usahawan itu, Faiz tampil mendedahkan peribadi Vida yang disifatkan sebagai seorang wanita yang cekal dan hebat.
Malah, video tersebut juga memaparkan video dirinya bersama Datuk Seri Vida di dalam kereta.
“Takut tengok komen orang tentang kes DSV (Datuk Seri Vida).
“Saya cuma mampu cakap. Dia wanita hebat, saya kenal dia sangat. Dia sangat hebat dan kuat.”
Faiz Aizif
“Musibah orang adalah ujian bagi kita. Apapun kita doakan DSV sama-sama ya,” tulis individu tersebut.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata warganet turut mendoakan yang terbaik buat usahawan tersebut.
“Moga Allah permudahkan segala urusan Datuk Seri Vida dan keluarga.
“Datuk Seri Vida orang nya baik, dia sentiasa tenang melakukan apa-apa pun walaupun orang hina dia.
“Mungkin ada sebab so fikir positif je, macam-macam orang nak jatuhkan Datuk Vida dan orang dah berjaya,” komen beberapa netizen.
Terdahulu, Vida didakwa gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada tahun 2018.
Sehubungan itu, empat kereta mewah antara barangan miliknya yang disita di kediamannya di Meru, Ipoh setelah gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilang miliknya.
Empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam rumahnya.
Perintah penyitaan itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn. Bhd.
GIPHY App Key not set. Please check settings