Persengketaan antara dua pelakon iaitu Ammar Alfian dan Syamsul Yusof menemui titik noktah selepas kedua selebriti itu dilihat dalam satu foto bersama.
Menerusi perkongsian di Threads, Ammar atau nama sebenarnya Ammar Alfian Aziz Mohd Zakriberkongsi gambar bersama Syamsul berserta kapsyen mahu melupakan kisah silamnya dengan pengarah tersebut.

“13 tahun berlalu. Yang berlalu biarkan berlalu. 2025 tahun adalah tahunnya. InsyaAllah,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata netizen berharap agar Ammar dan Syamsul dapat beraksi di dalam satu naskhah.
“Ini collab mesti padu!”
“Terbaik! Ini namanya lelaki,”
“Alhamdulillah, nak tengok juga dalam filem gengster ada korang berdua.”
Sekadar info, Ammar pernah bergelar sebagai teman lelaki kepada bekas isteri Syamsul Yusof iaitu Puteri Sarah Liyana suatu ketika dahulu.



GIPHY App Key not set. Please check settings