Pelakon Indonesia, Jennifer Coppen meluahkan rasa kesal setelah ketiaknya dikutuk netizen.
Menerusi satu perkongsian di akaun TikTok, Jennifer menyifatkan perkara tersebut sebagai satu tindakan yang melampau.
Dalam pada itu, menerusi video yang sama juga, Jennifer, 23 turut telah memperlihatkan bahagian ketiaknya kepada orang ramai.
“Memang netizen sekarang kurang ajar, tengok video saya lepastu tiada kerja lain perhati ketiak saya.“
Jennifer Coppen
“Nah tengok ketiak saya. Ketiak saya hitam? Kurang ajar. Kenapa ketiak saya jadi masalah anda,” katanya.
Sementara itu, Jennifer turut menjelaskan perubahan fizikal terhadap bahagian badannya tersebut adalah kerana dia sedang mengalami fasa hormon selepas bergelar seorang ibu.
“Kalau ketiak saya gelap pun tak secerah seperti dahulu kerana saya hadapi fasa hormon.
“Kalau anda belum pernah ada anak, pernah hamil, pernah melahirkan lebih baik diam kunci mulut,” tambahnya lagi.
GIPHY App Key not set. Please check settings