in ,

Tomok & Siti Nordiana Bergandingan Di Tengah Laut! Istimewa Di Atas Kapal Persiaran Resort World Cruises

Syarikat pelayaran Resorts World Cruises melancarkan ‘LIVE MUSIC @ SEA’ dengan persembahan dari Tomok dan Siti Nordiana di pentas lautan di atas kapal persiaran Genting Dream. 

Nikmati pengalaman percutian unik baru yang menggabungkan pelayaran 2 Malam Singapura – Melaka – Singapura (19 – 21 Januari 2025) dengan persembahan Tomok dan Siti Nordiana di atas kapal persiaran Genting Dream.

Persembahan duet bakal berlangsung selama sejam secara intim di panggung moden Zodiac pada 20 Januari 2025 (Isnin). 

Tomok dan Siti Nordiana akan mendendangkan lagu hit solo mereka dan juga lagu duet mereka yang sedang hit iaitu “Memori Mungkin Berulang”. 

“Nana teruja nak belayar bersama Tomok untuk persembahan pertama kami berdua di atas kapal persiaran Genting Dream dan sempena permulaan tahun 2025. Pastinya menarik.”

Siti Nordiana

“Tomok pun tak sabar-sabar untuk belayar dan bertemu dengan para peminat kami dan berharap persembahan ini di atas kapal persiaran Genting Dream akan memberi pengalaman baru dan kenangan manis bagi para peminat kami untuk selamanya,” ujar Tomok.

Tawaran inklusif lain yang menarik juga disediakan untuk tetamu termasuk persembahan pentas antarabangsa yang menakjubkan dan tayangan filem-fillem, taman tema air di laut dengan kolam dan 6 gelongsor air, laluan tali dan ‘ziplines’, ‘rock climbing’, penyediaan aktiviti rekreasi untuk seisi keluarga dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan awal, sila layari laman web www.rwcruises.com

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Dikutuk Ketiak Hitam, Jennifer Coppen ‘Bahasakan’ Netizen – “Diam, Kunci Mulut”

Syafiq Kyle Bersyukur Tercalon Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Mahu Terus Beri Yang Terbaik