in ,

Raih Top 30 Dalam Miss Universe 2024, Sandra Lim Sasar Bidang Lakonan- “Saya Harap Dapat Jadi Pelapis Michelle Yeoh”

Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) telah mengadakan sidang media demi meraikan Miss Universe Malaysia 2024, Sandra Lim, atas pencapaian bersejarah di mana dia berjaya meraih tempat dalam Top 30 dalam pertandingan Miss Universe ke-73 yang berlangsung di Mexico. 

Ini merupakan pencapaian pertama Malaysia dalam pertandingan tersebut dalam tempoh 54 tahun, membangkitkan semangat kebanggaan nasional dan memberi inspirasi kepada generasi baharu ratu cantik Malaysia.

Susulan pencapaian yang diterima, Sandra menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyokongnya.

“Sokongan keluarga dan seluruh rakyat Malaysia membuat perjalanan ini begitu bermakna dan berbaloi. Ketika saya berseorangan di Mexico selama hampir sebulan saya melihat semua reaksi yang diberikan telah membuatkan saya sebak! 

“Ia sukar diungkapkan. Saya berasa amat berbesar hati dapat membawa nama Malaysia dan mengetahui bahawa ramai rakyat Malaysia sedang menonton dan menunggu saat nama Malaysia dipanggil ke dalam Top 30

“Saya memahami bahawa tanggungjawab saya adalah untuk membawa harapan dan impian rakyat Malaysia, dan saya berterima kasih atas sokongan anda semua,” katanya.

Dalam pada itu, Sandra turut berkongsi pengalamannya yang penuh emosi ketika diumumkan sebagai sebahagian daripada Top 30.

Sandra juga berkongsi impiannya untuk mengikuti jejak langkah Tan Sri Michelle Yeoh, yang menjadi inspirasi kepada kejayaannya di peringkat global. 

“Selepas ini, saya akan terus berusaha lebih gigih, dan saya berharap dapat menjadi pelapis kepada Tan Sri Michelle Yeoh.”

Sandra Lim

Sekadar info, Sandra kini memberi tumpuan kepada dua filem baharu: filem Melayu bertajuk “Gayong” dan filem Tahun Baru Cina “Money Games,” di mana dia akan memainkan watak utama wanita buat kali pertama.

Ditulis oleh Muhd Firdaus

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

GIPHY App Key not set. Please check settings

Sharnaaz Ahmad Kongsi Momen Sedih Kebumikan Bapa – “Aku Sayang Kau Pa”

“Wahai Tuhanku Jadikan Ini Hujan Terpuji” – Fattah Amin Titip Doa Untuk Mangsa Banjir Dari Mekah